Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 22, 2011

Pelancaran Mata Wang Baharu Malaysia

Gambar Sumber : Utusan Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini ( 21 Disember 2011 ) oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011. Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.


Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:
  • Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.

  • Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.

  • Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.


    Reka Bentuk Wang Kertas

    • Bahagian Hadapan Wang Kertas
    Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga rayaRosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.
    • Bahagian Belakang Wang Kertas
    Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.
    • Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
DenominasiIkon
RM100Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10Rafflesia
RM5Burung Enggang Badak
RM1Wau Bulan


Wang kertas baharu siri keempat ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan wang kertas siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, entiti perniagaan dan vendor yang mengendalikan mesin wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada mata wang siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan.

Lokasi Jualan

Wang kertas peringatan ini akan mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Lampiran 1

Spesifikasi Wang Kertas Baharu Siri Keempat
  • Denominasi
    Bahan Asas
    Dimensi
    Warna
    RM100
    Kertas
    150mm X 69mm
    Ungu
    RM50
    Kertas
    145mm X 69mm
    Hijau-biru
    RM20
    Kertas
    145mm X 65mm
    Jingga
    RM10
    Kertas
    140mm X 65mm
    Merah
    RM5
    Polimer
    135mm X 65mm
    Hijau
    RM1
    Polimer
    120mm X 65mm
    Biru


Sumber : Bank Negara Malaysia


Untuk Khusus Tentang Mata Wang Kertas & Syiling Baharu Malaysia Klik Link Di Bawah ->

Keunikan Mata Wang Syiling Baharu 
Spesifikasi Syiling Baharu 50 Sen
Spesifikasi Syiling Baharu 20 Sen
Spesifikasi Syiling Baharu 10 Sen
Spesifikasi Syiling Baharu 5 Sen

Berikut Adalah Gambaran Mata Wang Syiling Malaysia Yang Baharu :

Pandangan Hadapan & Belakang
Untuk Khusus Tentang Mata Wang Kertas Baharu Malaysia Klik Link Di Bawah ->


Berikut Adalah Gambaran Wang Kertas Malaysia Yang Baharu :

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 100

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 50

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 20

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 10

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 5

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 1

Thursday, November 24, 2011

Hepi Beszday Bondaku......

Hari ni merupakan hari istimewa buat my mum kerana hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran my mum yg ke-48......kebiasaan nya aku akn buat suprise untuk my mum  tp kli ni x sure la nk celebrate ke x sbb bese nye klu celebrate aku akn share dwet ngan adik aku & akak spupu aku ( ateh ) utk bli kek & barang2 lain tp skunk die x de kt uma aku die da blik kampung......lagi pun skunk ni ekonomi x m'nentu la bajet untuk wt sesuati slalu x mencukupi....insyaALLAH kalau ad rezki aku akan celebrate & try discuss ngan adk & akak spupu aku yang lg satu ( k. mira ) die la skunk ganti ateh dok kt uma aku....korang mst tertanya-tanya kn nape ateh & k. mira ni dok uma aku kan? sebenarnye dieorang ni dok uma aku sebab dieorang keje kt seremban so untuk penjimatan dieorg dok la ngan family aku sbb bg dieorg family la pling sporting & pling gile2 ble wt satu-satu p'kara ( bukan GILE ) hu33!!!!!.....senang sume cukup x payah nak sewa-sewa uma DLL.....
Sedetik Kata : walau apa & bagai mana cara skali pun cara kita m'ingati ibu kita x semestinya pada hari ulangtahun kelahiran @ hari ibu @ yang sewaktu dengan nya, bagi kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa mengingati serta mendoakan kesejahteraan ibu kita sementara ia masih dipinjamkan oleh ALLAH kepada kita dan hargailah serta sayangilah ibu kita seperti mana beliau mencurah kan kasih sayang beliau kepada kita sehingga kita menjadi orang yang berguna di sisi keluarga, agama, bangsa & negara...kerana ibu adalah insan yang sangat mulia.......bagi seorang ibu tiada yang lebih berharga selain kita menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan dari kita kecil sehingg kita dewasa...janganlah menjadi seperti " KACANG MELUPAKAN KULIT ". 

abang doakan smoga mak d'panjngkan umur & d'kurniakan kesihatan & kesejahteraan dalam hidup......Amin....

Hepi Beszday mak.......=)

Tuesday, November 8, 2011

Istana Negara Yang Baru Di Jalan Duta

Untuk makluman awam bahawa Istana Negara yang sekarang yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur telah berpindah ke Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ini kerana bagi menggantikan Istana Negara sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 1957 lagi. Penyerahan  Istana Negara Jalan Duta telah diadakan pada 18 Oktober 2011 yang lalu kepada Pentadbiran Istana Negara dan akan beroperasi sepenuhnya pada 11 November ini.

CIRI-CIRI BANGUNAN
Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Istana ini mempunyai Senibina & reka bentuk unik yang  mempunyai elemen-elemen islam & elemen-elemen alam melayu. 
LALUAN ISTANA
Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iatu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.  
Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu- Tetamu Diraja.
Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.

Tatkala tarikh ditanggal & sejarah tercipta maka selepas tarikh kuatkuasa beroperasi sepenuhnya Istana Negara yang baru pada 11 November ni maka dengan rasminya segala adat istiadat, upacara & majlis-majlis rasmi kerajaan/istana akan dilaksanakan di istana tersebut.

mengikut perkiraan acara @ istiadat pertama yang akan dilaksanakan di istana negara yang baru ni adalah Istiadat Jamuan Negara Sempena Tamatnya Peperintahan DYMM SPB YDPA ke-13 pada Disember ini & Istiadat Pertabalan DYMM SPB YDPA ke-14 merupakan Istiadat Pertabalan  pertama yang akan di langsungkan di Istana Negara Baru ini.



Dibawah ni adalah koleksi gambar-gambar Istana Negara yang baru :-
















Saturday, October 15, 2011

Yang Di-Pertuan Agong Ke-14

KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Telah DiPilih & Bakal Diisytiharkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Yang Ke-14 Dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Baru-Baru Ini Yang Diadakan Di Istana Negara Dan Telah Dipengerusikan Oleh Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Muhammad Ke-V.......


Baginda Bakal Mencatat Sejarah Malaysia Dan Sejarah Pusingan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Yang Mana Baginda Bakal Menjadi Sultan Pertama Yang Menaiki Takhta Negara Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Sebanyak 2 Kali Dalam Tempoh 54 Tahun...

Pengisytiharan ini Akan Berkuatkuasa Pada 13 Disember ini Bagi Menggantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sekarang Yang Akan Tamat Tempoh Jawatan Tersebut Pada Hujung Tahun Ini.

Untuk Maklumat Lanjut : Sumber : -> Klik Sini 

Friday, September 9, 2011

Topup Naik Harga........


BERIKUT ADALAH  JADUAL HARGA TOPUP YANG BARU SETELAH DIKENAKAN CUKAI SEBANYAK 6% PADA SETIAP TELCO BERMULA PADA 15/9/2011 NANTI. 
Habislah, ni topup pulak dah naik harga......


P/S : Lepas ni sape nak beli topup belilah banyak2 sebelum 
        die naik harga ni ye...
        Meghebeh la poket lopeh ni  nak beli topup sape2 yang 
        ade pakai banyak nombor tu......

Wednesday, July 27, 2011

WW- Wordless Wednesday #1


P/S :-> Tahun ni Dapat 3 ank buah yang baru........makin b'tambah la..........tunggu la tahun depan plak...

Friday, July 15, 2011

Pesta Persukuan Adat Perpatih 2011




P/S : Jom ramai-ramai pergi esok bagi memeriahkan majlis
        sambil mengenali adat perpatih....
        Semua rakyat Negeri Sembilan dan dikawasan luar
        lingkungan dijemput hadir......

Sunday, June 19, 2011

Ayah....Selamat Hari Bapa.....="(

Ayahanda, anakanda disini sentiasa merindui mu walaupun sekarang kita berjauhan dan berada di alam yang sangat berbeza tetapi itu semua zahirnya, bagi anakanda disini secara batinnya ayahanda tetap sentiasa berada didalam hati ini dan tidak pernah lekang dari keringat...

Anakanda disini doakan semoga ayahanda berada dalam keadaan tenang dan sejahtera dialam sana agar dilimpahkan rahmat seluruhnya dan ditempatkan didalam kalangan orang yang beriman...amin....



Nota :~ Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa & bakal bapa diseluruh malaysia....
             Hargailah Bapa Anda.....^ o *.........

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus ( Gubahan Semula ) Part ll

Entri kali ni adalah Lanjutan dari entri ammy yang lepas pasal surat makluman kepada sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan tentang gubahan semula Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan telah pun berkuatkuasa serta merta....kalau nak tau
Klik Sini -> tentang makluman tersebut...Jadi dalam entri kali ni ammy post kan versi-versi Lagu Kebesaran Negeri Sembilan yang telah digubah semula yang ammy edit dalam bentuk video tapi taklah sesempurna mana pun video nya hanya untuk tatapan semua.......
Jadi ammy harap semua yang menatapnya berada dalam keadaan senang hati & enjoy...Setiap alunan muzik yang terdapat dalam versi ini membuatkan hati rasa tersentuh dengan menjiwai kekuatan antara gabungan muzik & lirik yang terdapat pada setiap barisnya... lagu ini telah bertahan genap 1 abad sehingga ke hari ini....=)

Berikut adalah Video Lagu Kebesaran Negeri Sembilan yang pelbagai versi instrument :

Versi Full Orchestra 
Versi ini adalah versi rasmi yang digunakan dalam majlis rasmi kerajaan & juga sekolah-sekolah

Versi Full Orchestra & Chorus

Versi Brass & Ensemble
Versi ni digunakan dalam istiadat rasmi DiRaja

Versi String Quartet

Versi Piano Solo

Versi S A T B Chorus & Piano

Versi S A T B Chorus & Piano ( Datuk Johari Salleh & Tunku Zain Tuanku Muhriz )


Nota :~ Semenjak 2 menjak ni semangat plak buat review tentang sejarah Negeri Sembilan & Institusi Diraja  
             di Negeri Sembilan dan yang lain-lainnya.......=) Bila semangat sejarah dah menguasai diri macam ni 
             la jadinya ^o^.........Lots of  =) Peace......~~~~~~~~ 




Friday, June 17, 2011

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus ( Gubahan Semula )

Hari ni seperti biasa keje ammy online je tak buat ape-ape pun jadi dalam pada online tu ammy pun tiba2 tergerak hati nak cari gambar2 lama pasal negeri ammy sendiri Negeri Sembilan saje2 je la untuk tatapan kn ntah po kono ea ntah smonjak 2 monjak ni kan asyik mencaghik semua pasal Negeri Sembilan je dari sejarah awal kewujudannya sampailah sekarang....

Dalam pada mencari-cari tu ammy terjumpa la satu surat ni iaitu Surat Makluman Tentang Gubahan Semula Lagu Kebesaran Negeri Sembilan '' Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ''
 untuk makluman kepada sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan tentang itu dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bersama note muziknya sekali...



Surat Makluman Tersebut

Jadi ammy pun bacelah isi kandungan surat tu dari awal sampai akhir, sebelum ni ammy memang dah sedia maklum dah yang Lagu Kebesaran Negeri Sembilan tu dah di gubah semula sebab ammy ad terjumpa kat dalam youtube....So ammy biasa je la sebab ammy dah tau sebelum tu lagi yang lagu tu dah digubah semula jadi yang ada pada ammy hanya 1 lagu sahaja yakni versi " Orkestra Minus One " yang sekarang ni digunakan dalam upacara rasmi dalam institusi kerajaan @ swasta di N. Sembilan...Ammy ingatkan lagu tu ada 1 versi je tapi lepas je baca surat tu rupanya ada 7 track dari pelbagai jenis instrument muzik yang berlainan termasuk Versi " Orkestra Minus One "....

Khas untuk Anak-Anak Negeri Sembilan yang masih belum mengetahuinya samada yang berada di Negeri Sembilan mahupun yang berada di perantauan, untuk mendengar & mendownload track yang terdapat didalam Koleksi Gubahan Semula Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus klik link dibawah : 



P/S : seronok dengar lagu yang baru ni dengan semangat patriotik.......=)

Wednesday, June 15, 2011

Debaran Berakhir Jua.......

Assalamualaikum W. B. T......

Semalam result final exam last semester da kua ( actually da 1 minggu kua  da ) so kelmarin lg ( isnin ) mmber2 ajak g  kolej utk amek result smlm so ammy pn pe g follow je la kn walau pn dok n.9 tp dr uma ammy nk k'klej 2 x la jauh pn juz mkn mse dlm 1 jam mcm 2 la...s'pnjng p'jlnan nk k'kolej smlm ati rse x tnteram  je ye la risau akn k'putusan yg t'catit d'ats slip exam 2......d'tmbh plak dgn mcm2 dugaan d'ats jln rya ish!!!! sabo je la rse mcm nk langga je sume pe yg ad dpn mte....tp x nk la kn wt mcm 2 coz ammy msih egt org yg t'syg....smpai je kt klej ammy pn rse mkin b'debar nk amek result mmg cuak r...pstu cri dak2 ni mne ntah mne2 ntah plak pegi nye....nseb bek t'sempak ngan K.Wati ( actually 1 batch tp die tua ammy 1 taun ) so ammy swuh die tman ammy amek result ( ngah cuak time ni nk wt mcm mne amek je la )........pstu ngan pnuh d'baran ammy pn bkak la slip result 2 oooohhhhhh tiddaaakkkk!!!!!!!!!!! bkn dpt result yg x baik tp ammy dpt catatan result yg baik alhamdulillah syukur pd ALLAH sume nye llus dgn cemerlang........pe yg ammy rsau kn sbnr nye ialah ad 3 subjek yg ammy rse payah & tkut kntoi je iaitu Bahasa Arab 4, English For Specific Purpose 2 & Perakaunan Kewangan...tp Alhamdulillah gak subjek2 2 sume llus ( gred sume sme 3 subjek 2 )..hu33!!!!!! pape pn ammy ttp m'mnjt kn rse syukur pd ALLAH ats k'lulusn yg d'berikn ats usaha ammy sndri....so skunk d'baran sume da b'akhir lps ni fokus utk yg akn dtg plak dgn azam baru, semester baru, smangat bru....cayok2 ammy smoga s'tiasa p'oleh k'jayaan dunia & akhirat.....aminn.....=)

Dalam Tempoh 1 Tahun Akan Datang....=)

Assalamualaikum W. B . T.......

4 Jun lps ammy ikot mak ammy g 2nd reunion utk Bekas Pelajar IKM Sg. Petani, Kedah tmpt mak ammy blaja dlu. Majlis d'adakn bertempat d'Pantai Indah Seaview Resort, Klang, Selangor... Kt c-ni ammy bkn nk cite psl Reunion ni tp nk cite psl mmber kt sne yg pkai DSLR NIKON CAMERA... Ammy jeles sgt tgk dieorg pkai camera 2 tp dieorg pkai pn bkn dieorg yg bli sndri tp parents dieorg yg pny sbb parents dieorg yg bli kn..... ad yg pkai model D90, D3100 n len2 lg r... ammy mmg aim sgt camera 2 sbb nmpk m'narik  mse 1st reunion kt IKM taun lps lg........tp pe kn daya my b blom t'mmpu lg utk bli gadget mcm 2 tp ammy da servey price 2 not bad la tp dlm lingkungan ribu ringgit gak la..........stakat ni da try la gne2 gadget 2 drpd dieorg tmpoh ari bak kte org pe " amek feel sblm dpt m'beli nye ". tp mmg t'nyate la gadget 2 besz sgt bg ammy yg jenis photogenic ni...ha33!!!!!! nk dpt gmbr yg cmtik n m'narik...hope dlm mse 1 tahun akn dtg dpt la bli......

DSLR D3100








Thursday, June 9, 2011

Jalan2 Cari Penat!!!!!!!!!!!!!

Fuh!!!!
ari ni bkn men pnat lg rse nye.........
pe x nye, pg sbuh lg da kua....
sbb nk anta mak ammy g LCCT......
mse kt LCCT td gmpk la wa ckp sme lu.....
egt kn LCCT 2 mcm mne kn sbb ni 1st time g.....
slalu klu pape g KLIA je......
rpe nye die lbey kurng gah gak r mcm KLIA....
ssk 2 mmg la kn airport kte kn.....
msok je kt dlm balai b'lepas 2 ammy egt kn msuk hypermarket....
dlm die mcm Tesco je....
ha33!!!!!
adk ammy pn ckp mcm 2......
lps anta mak ammy kt LCCT pg td kuar plak g jln2....
plan nk jln2 kt Putrajaya ke @ Nilai @ Sepang............
tp x jd plak....
adk ammy sbok nk blek uma....
prosak tol la.....
so kteorg blek r....
x lme lps 2 smpai kt uma dlm kol 9.30pg cm 2 la......
lbey kurang 1 jam lps 2 ammy ngan akk spupu ammy pn kuar.....
nk g jln2 la knon nye....
nk g jauh2 ongkos x ckp so g la yg dkt2 je....
plan nk jln kt Seremban je...
tp nk tau kteorg g mne...???
kteorg jauh m'nyimpang smpai Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti....
kteorg pn pe lg.....
redah je la.......
s'sampai je kt Seri Menanti fuh!!!!
gamam jap r.......
bnyk da p'rubahan yg da blaku kt c-2....
trutama nye environment die r......
ble smpai je kt muzium istana egt nk trus amek pic la kn....
tp smpai2 je org rmai plak kt lua muzium istana 2.......
ceit!!!!!
kcau daun tol la..............
ad dak2 wt rombongan plak....
x clap td dr Lembaga Pengurusan Anak2 Yatim Payasum Melaka...........
so kteorg pn msuk la dlu dlm muzium istana 2 m'lawat pe yg ptut......
abes 1 istana 2 ammy ngan akk spupu ammy jelajah.......
k'betulan plak ammy da lme x msuk smpai ke dlm muzium istana 2....
last time msuk mse skola rndh dlu......
ntah mse darjah bpe ntah...
x lme lps 2 dak2 dr uma ank2 yatim 2 pn blek......
k'betulan plak kteorg pn da trun dr istana 2.....

pic di Tugu Perasmian MDILSM

pe lg kteorg pn mle kn la strategi...
snap2 la pic msing2.....
mcm2 glagat kteorg mcm org jauh dtg m'lancong....
padahal org dkt je....
ha33!!!!!
agk lme gak r snap2 kn tp x dpt nk amek bnyk2.....
sbb cuaca pns sgt.....
so amek yg kt tmpt m'narik je........

berlatar b'lakangkn muzium istana

lps pnat2 snap pic n round2 kwsn istana ammy n akk spupu ammy pn grak r blek.....
kte org nye kje snap2 x abes kt c-2 je....
nk kua dr p'krgn muzium istana 2 kteorg brenti jap kt dpn pntu msuk muzium istana n snap pic lg...
sakan b'gmba msing2.....
org yg lalu lalang kt dpn muzium istana 2 pn pndng2 smpai kteorg nek sgan plak.....
ha33!!!!!
pastu kteorg pn try la msuk smpai pntu dpn Istana Besar.....
tkut gak r nk msuk mne la tau kot2 2 kwsn lrngan utk org awm ke kn....
tp nseb bek x de pape.......
kteorg msuk je r.....
hu33!!!!!!!
kt signboard MDILSM

dpn pntu grbang msuk ke Istana Besar

atoai.....
mmg sakan la b'jln ari ni......
smpai nek longgar ltut ni nk drive.....
tp pe pn besz r kn....
thankx 2 Lurvely Amiera coz tman jln2...
k la....
chow dlu........
c u soon.....



Tuesday, May 24, 2011

Aku Da Kurus........Ha33!!!!

Perghhhhh!!!!!
x tau b'tpe gmbire nye ati aku ni.......
nk d jd kn cite.....
kt uma aku ad peninmbang brat tau......
so aku tmbang la brat aku smlm.....
aku rse mcm x p'cye........
korg rse brt aku mkin naik ke trun??????
mst la trun kn klu x x de la aku gmbire sgt......
mle2 mmg rse mcm x cye...
puas la aku trun naik ats p'nmbang 2.......
nk sure kn brat aku 2 btul ke x.......
ha33!!!!!!
akhir nye btul2 brat aku da trun.....
now brat aku kmbli pd asl yg ideal......
pas ni x ley nk mkn mcm2 x tn2 mse....
kne la jg mkn.....
hu33!!!!!!!!

P/S : pd kwn2 sume jge la brat n mkn anda......
        jgn la t'lalu obses sgt utk mkn t'utama nye mknn ringan...
        krn nnt ia akn m'ngundang obesiti & p'nyakit yg x d'ingini.....
        pesanan dr Kementerian Kesihatan Malaysia.........
        Peace Lots of Smile......=)

Friday, May 20, 2011

Peluang Martabatkan Bahasa Melayu ( SASTERA )

KALAU betul semua acara antarabangsa yang dianjurkan di negara akan dikendali dalam bahasa Melayu, maka ia merupakan satu usaha yang mampu memartabatkan bahasa Kebangsaan itu. Kalau kita sedar, bahasa Melayu sudah lama terpinggir di bumi sendiri. Walaupun diangkat sebagai bahasa kebangsaan tetapi ia bukannya bahasa pertuturan di negara ini. Hanya orang Melayu di luar bandar dan yang berpendapatan rendah dan sederhana sahaja bertutur dalam bahasa Melayu. Rakyat Malaysia yang lain lebih selesa berhubung menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa ibunda kaum masing-masing.

Acara-cara rasmi yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya mungkin sekadar pada Perhimpunan Agung UMNO dan Pas selain sidang Dewan Undangan Negeri serta persidangan Parlimen. Yang lainnya lebih banyak mengutamakan bahasa Inggeris dengan alasan ia bahasa antarabangsa. Oleh itu, apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan acara-acara antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya merupakan petanda baik untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan. Bagi negara-negara lain, penggunaan bahasa kebangsaan pada acara-acara rasmi termasuk yang bertaraf antarabangsa merupakan perkara biasa. Ia bukan sesuatu yang baharu. Contoh yang paling dekat dengan kita ialah Thailand. Dalam apa juga acara yang dianjurkan bahasa kebangsaan sentiasa mereka utamakan.

Sistem pendidikan semuanya menggunakan bahasa dan tulisan Thai. Tetapi ia tidak pernah menghalang ekonomi mereka daripada berkembang. Pemimpin-pemimpinnya juga tidak kekok berucap dalam bahasa kebangsaan termasuk ketika menghadiri acara di luar negara. Malah hampir semua negara di dunia ini menggunakan bahasa kebangsaan mereka dalam apa juga majlis antarabangsa selain diselang-seli dengan bahasa Inggeris. Yang pasti ia tidak menjejaskan perjalanan acara tersebut. Apa juga acara terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia dan sebagainya, semuanya dianjurkan dengan menggunakan bahasa kebangsaan negara tuan rumah. Sebab itu, cadangan Muhyiddin itu bukan sesuatu yang pelik kerana ia merupakan amalan biasa di negara-negara lain yang bahasa Inggeris bukan bahasa kebangsaan mereka.

Sudah tentu, pelaksanaan itu tidak akan mendatangkan apa-apa masalah. Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) misalnya, ia dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Para pemimpin yang berucap akan menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing. Peranan juru bahasa yang akan mempermudahkan dan melancarkan perhimpunan PBB pada setiap tahun. Begitu juga jika bahasa Melayu digunakan pada acara-acara bertaraf antarabangsa di negara ini. Peranan juru bahasa akan mengatasi apa juga masalah. Malah ketika Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) peranan juru bahasa tetap diperlukan walaupun acara menggunakan bahasa Inggeris. Tidak semua pemimpin yang hadir itu mahu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jadi, tidak ada bezanya jika acara tersebut dilangsungkan dengan bahasa Melayu. Oleh itu, kita tidak perlu fobia atau gundah gulana apabila bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam acara-acara terbabit. Bagi peminat sukan mereka tentunya biasa menonton secara langsung kejohanan tenis luar negara yang menawarkan hadiah jutaan ringgit. Jika kita perasan, pengadilnya membuat kiraan dalam bahasa kebangsaan negara yang menjadi tuan rumah sebelum diulangi dalam bahasa Inggeris. Tetapi di negara kita, kiraan dibuat dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Tetapi saranan Muhyiddin itu sekurang-kurangnya dilihat sebagai usaha yang dapat mengangkat martabat bahasa Melayu. Penutur bahasa ini bukannya kecil. Separuh daripada penduduk di rantau ASEAN bertutur atau memahami bahasa Melayu. Ia adalah bahasa serantau sama seperti beberapa bahasa utama lain dunia. Sudah sampai ketikanya ia diangkat dan digunakan pada acara-acara bertaraf dunia yang dianjurkan di negara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...