Semalam secara rasminya Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah dimasyhurkan sebagai Canselor UITM yang ke-4. Istiadat tersebut telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor di kampus besar UITM di Shah Alam dan istiadat ini berlangsung seiringan dengaqn Istiadat Konvokesyen UITM yang ke-76 semalam. Permasyhuran Baginda sebagai Canselor UITM telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia iaitu Y.B Dato' Seri Khaled Nordin.
Turut Berangkat mengiringi baginda ialah Permaisuri Baginda iaitu Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Hamidon.
Permasyhuran baginda dilakukan berikutan tamat tempoh perkhidmatan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 dan juga Sebagai Canselor UITM pada Disember tahun lalu.
Semoga Seri Paduka Baginda Berdua Berada Dibawah Lembayung Rahmat ALLAH S.W.T serta dapat memerintah Malaysia dengan penuh adil dan saksama.....
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU