Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Hari Ini Dalam Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Hari Ini Dalam Sejarah. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Hari Yang Penuh Detik Bersejarah........

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua......

Semalam amiey rasa sangat gembira sebab amiey dah graduate.......akhirnya amiey berkonvokesyen juga setelah membanting tulang menuntut ilmu selama 3 tahun dan itu sungguh membanggakan diri amiey sndiri....sebenarnya amiey gembira yang teramat sangat dan tak tau nak tulis pe sebenarnya kat sini...tp dalam kegembiraan tu ada gak kesedihan nye sebab akan berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan yang banyak membantu selama 3 tahun blaja segala kenangan yang tercipta dan jasa kawan-kawan semua akan amiey ingat sampai bila-bila.......ok tu saja coretan nye dah tak tau nak tulis pe lg...untuk itu amiey upload la skit pic mse konvo smlm......

Buku Aturcara, Folder dan Buletin...

Bersama Aizu dan keluarga....

Bersama Bonda tersayang dan kawan-kawan....

Bersama mereka lagi......

Bersama Bonda tersayang......=')

bersama lagi.....

dan lagi.....

bersama shidee.....

bersama khai.....
Semoga menjadi inspirasi buat semua....Sekian untuk entri kali ni......

Tuesday, February 14, 2012

Monarki Yang Paling Lama Di Negeri Sembilan...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera  Semua Pembaca...
Mesti semua tahu sekarang Negeri Sembilan Darul Khusus diperintah oleh DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR iaitu YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN YANG KE-11 yang kini usia pemerintahan baginda hampir mencecah 4 tahun...Walaupun usia pemerintahan baginda masih diusia yang muda tetapi sepanjang tempoh pemerintahan baginda Negeri Sembilan telah banyak melalui pelbagai transformasi pentadbiran & pengurusan. 
 jadi hari ni amiey nak berkongsi entri dengan pengunjung tentang lima orang pemerintah ( Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ) yang paling lama memerintah Negeri Sembilan sejak berabad lalu beserta dengan latarbelakang ringkas berkenaan dengannya... 


1. 1888-1933
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Muhammad Shah Ibni Almarhum Tuanku Antah

Yang uniknya semasa pemerintahan baginda, baginda telah ditabalkan sebanyak dua kali berikutan daripada perjanjian Persekutuan Negeri Sembilan dengan pihak british dengan menggabungkan semua daerah ( yang dahulunya dikenali sebagai negeri ) iaitu Seri Menanti, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, & Inas pada 18 Mac 1889. Manakala pada 13 Julai 1889 perjanjian ini sekali lagi dimeterai dengan pihak british dengan memasukan daerah Rembau Dan Tampin dalam Negeri Sembilan dan kemudiannya Jelebu & Sungai Ujong.

 Naik Takhta : 22 Oktober 1888
Ditabalkan Kali Pertama : 8 Disember 1889
( Dengan Gelaran Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan )
Pada Ketika itu Baginda hanya berkuasa keatas Seri Menanti, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Inas( dikenali sebagai Tanah Mengandung ), Rembau & Tampin.
Ditabalkan Kali Kedua : 7 Mei 1898
( Dengan Gelaran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan )
Pada ketika itu Baginda berkuasa keatas Seluruh Negeri Sembilan
Tarikh Mangkat : 1 Ogos 1933
Tempoh Memerintah : 45 Tahun


2. 1967-2008
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Naik Takhta : 19 April 1967
Ditabalkan : 8 April 1968
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-10 : 26 April 1994 - 25 April 1999
Tarikh Mangkat : 27 Disember 2008
Tempoh Memerintah : 41 Tahun



3. 1824 - 1861
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Yamtuan Raja Radin Ibni Almarhum Yamtuan Raja Lenggang

Naik Takhta : 1824 
( Dilantik Pemangku Raja Ketika ini dengan menjemput raja dari pagaruyung iaitu Raja Kerjan & Raja Sati Kerana dikatakan Raja Radin Belum Cukup Umur )
Ditabalkan : 30 November 1831
Tarikh Mangkat : 1861
Tempoh Pemerintahan : 37 Tahun

4.  1933-1960
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Naik Takhta : 3 Ogos 1933
Ditabalkan : 25 April 1934
Yanga Di-Pertuan Agong  Persekutuan Tanah Melayu Pertama : 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Tarikh Mangkat : 1 April 1960 
Tempoh Memerintah : 27 Tahun


5.1773-1795
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil
( Raja Melewar )

Dilantik & Ditabalkan : 1773
( Ditabalkan Di Rembau & Bersemayam Di Seri Menanti )
Tarikh Mangkat : 1795
Tempoh Memerintah : 22 Tahun

P/S : Mohon Maaf kerana tidak dapat menyatakan beberapa tarikh tentang tarikh ditabalkan & tarikh kemangkatan beberapa orang yamtuan berikutan sumber yang diperolehi tidak menjelaskan tentang tarikh-tarikh tersebut. 

Thursday, February 9, 2012

Parang Dunia Kedua : Part 1 :- Jepun Menakluki Tanah Melayu....


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Pembaca.....

Firstly amiey nk minta maaf sebab terlambat sedikit update entri ni sebab tercicir dari senarai pula dengan keadaan yang sibuk dengan assignment & tugasan-tugasan lain...jadi pada kesempatan ini amiey update semula entri ni..kalau pembaca semua nak tahu apa entri yang amiey nak update ni ia ada satu peristiwa yang amat penting bagi kita semua dan ia juga ada kaitan dengan rentetan peristiwa kearah kemerdekaan..apakah peristiwa itu?? ia seperti yang yang tercatat pada tajuk entri amiey so tak payahlah amiey nak cakap lagi kn sebab rasanya semua reti baca kan...ha33!!!..siapa tahu peristiwa ni berlaku bila? ia berlaku sewaktu perang dunia kedua ( World War II ) sekitar tahun 1941-1945 yang mana Persekutuan Tanah Melayu juga termasuk dalam negara yang mengalami perang dunia kedua apabila negara kita dijajah oleh Tentera Jepun ketika itu...Mari kita ikuti rentetan peristiwa tersebut :-


Pada hari ini 31 Januari dalam tahun 1942, tentera Jepun telah menakluki seluruh Tanah Melayu apabila mereka berjaya menawan Johor Bahru. Kemenangan Jepun ini dicapai dalam masa sebulan lebih iaitu mulai 8 Disember apabila mereka mendarat di Kota Bharu. Kejatuhan Tanah Melayu yang begitu mudah adalah akibat salah perhitungan pihak British terhadap kekuatan tentera Jepun. Sebaliknya tentera-tentera Jepun telah dilatih khas untuk berperang di negeri-negeri tropika. Mereka dilatih di Taiwan dan Selatan Indo-China dan diajar cara-cara menghadapi malaria dan menggunakan apa juga kenderaan terutamanya basikal untuk memudahkan gerakan serangan mereka. 

Pemerintahan British kurang membuat persiapan untuk menentang kemaraan Jepun di rantau Asia Tenggara. Peperangan dunia kedua di Eropah telah membuatkan Kerajaan British menumpukan kekuatan tenteranya di sana. Pihak British menganggap kekuatan Jepun sebagai satu perkara yang mudah kerana kedudukan ekonomi Jepun pada waktu itu tidak mengizinkan penglibatan penuh negara itu dalam peperangan ini. Britain menganggap kekuatan tentera lautnya di Lautan China Selatan boleh mematahkan serang tentera Jepun. 

Tetapi dengan tenggelamnya kapal-kapal Prince of Wales dan Repulse oleh serangan tentera udara Jepun di Laut China Selatan pada 10 Disember 1941, pertahanan tentera British di barisan hadapan telah menjadi lumpuh. Kemaraan tentera Jepun tidak dapat dihalang walaupun mereka hanya mempunyai 60 ribu orang tentera berbanding dengan 130 ribu dan duakali ganda bekalan peluru di pihak British. Dengan menggunakan kekuatan angkatan udaranya dan menyelaraskan bahagian-bahagian yang lainnya dalam satu serangan yang padu, mereka telah berjaya menakluki Tanah Melayu. Lt. General Percival, Pemerintah tentera bagi Tanah Melayu tiada pilihan lain dan terpaksa menyerah diri kepada Lt. General Yamashita, Pemerintah Angkatan Tentera Ke-25 Jepun, pada 15 Februari 1942 di kilang Kereta Ford, Jalan Bukit Timah, Singapura.

kalau nak tahu selanjutnya klik Perang Dunia Kedua : Part 2.....

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

Perang Dunia Kedua : Part 2 :- Tentera Jepun Menyeberang Selat Johor.....


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Pembaca Semua.....

Ok..hari ni amiey nak sambung balik entri tentang HIDS coz dah 2 hari amiey tak update pasal HIDS ni...jadi entri hari ini adalah sambungan pada entri sebelum ini dan berkaitan dengan peristiwa yang pernah terjadi kepada seluruh penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka sekitar tahun 1941-1945...siapa tahu peristiwa apa yang berlaku?? jawapannya ialah perang dunia kedua ( World War II ) yang mana Persekutuan Tanah Melayu juga termasuk dalam negara yang mengalami perang dunia kedua apabila negara kita dijajah oleh Tentera Jepun ketika itu..

Pada hari ini dalam tahun 1942, tentera Jepun yang diketuai oleh General Tomoyuki Yamashita telah menyeberangi Selat Johor dalam usahanya menyerang Pulau Singapura. Sebelum menyeberangi Selat Johor, tentera udara dan pasukan meriam Jepun telah membedil sasaran-sasaran di Singapura untuk melemahkan pertahanan tentera Inggeris. 

Kekuatan Angkatan ke-5 tentera Jepun yang menyerang Semenanjung Tanah Melayu telah berjaya mengundurkan tentera Inggeris yang bekerjasama dengan pasukan tentera India dan Pasukan tentera Australia. Setelah seluruh Tanah Melayu dikuasai, tentera Jepun terus mara menuju ke Singapura. Walaupun Tambak Johor telah dimusnahkan oleh tentera Inggeris namun ia tidak memberi kesan, malah tentera Jepun berjaya menyeberangi Selat Johor. 

Tentera Jepun telah menyeberangi Selat Johor melalui bahagian yang tersempit di Selat Johor iaitu di bahagian Barat Laut Pulau Singapura. Pantai yang dipenuhi dengan paya lumpur dan berhutan memberikan kelebihan kepada tentera Jepun kerana tentera Inggeris yang bertahan tidak menduga tentera musuh akan menggunakannya.Serangan udara Jepun pula telah memusnahkan kubu-kubu Inggeris dan merosakkan sistem bekalan air. Gudang di Bukit Timah yang membekalkan makanan kepada Inggeris berjaya ditawan. Tentera Inggeris juga kekurangan peluru dan minyak petrol. Akhirnya tentera Inggeris di bawah General Percival terpaksa menyerah kalah dan Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Februari, 1942.

Untuk rentetan peristiwa yang sebelumnya sila klik Perang Dunia Kedua : Part 1....


Sumber : Arkib Negara Malaysia

Monday, February 6, 2012

Kemangkatan Sultan Abdul Samad Selangor


Pada hari ini dalam tahun 1898, selepas memerintah Negeri Selangor selama lebih kurang 39 tahun, Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang berusia lebih kurang 93 tahun telah mangkat pada jam 10.45 pagi di Istana Jugra. Jenazah Almarhum Sultan Selangor yang ke-IV ini telah dimakamkan di Bukit Jugra, Kuala Langat. Sultan Abdul Samad menaiki takhta kerajaan Negeri Selangor selepas kemangkatan ayah saudara dan mertuanya iaitu Sultan Muhammad, Sultan Selangor yang ke-III pada tahun 1857. 

Sebelum itu baginda adalah Tengku Panglima Raja dan berkuasa di Daerah Langat. Perlantikan baginda sebagai Sultan adalah hasil dari desakan Raja Jumaat dari Lukut yang mendapat persetujuan dari 4 orang pembesar negeri yang lain. Raja Muda Mahmud, Putera gahara almarhum Sultan Muhammad pada masa itu adalah terlalu muda usianya untuk dijadikan Sultan. Zaman pemerintahan Baginda merupakan zaman pergolakan politik Negeri Selangor di mana telah berlakunya saudara merebut takhta kerajaan dan kawasan. Baginda telah melantik menantunya Tengku Dhiauddin atau dikenali sebagai Tengku Kudin menjadi 'Wakil Mutlaknya' memerintah Negeri Selangor. Kuasa Tengku Dhiauddin ini tidak diakui oleh pembesar-pembesar negeri terutama Raja Mahadi yang menganggapnya sebagai orang dagang. Dalam masa pemerintahannya juga, negeri Selangor yang kaya dengan hasil buminya telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong bijih, bersama-sama dengan orang Melayu. Perusahaan bijih ini telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pemiagaan peperangan yang penting. 

Pada zaman itu juga, Kerajaan Inggeris telah campurtangan di dalam perkara siasah Negeri Selangor dan telah meletakkan seorang Residen British iaitu J.G. Davidson di negeri itu.Kemangkatan Sultan Abdul Samad pada hari ini dalam tahun 1898, telah digantikan oleh cucundanya Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa sebagai Sultan Selangor ke-V dengan gelaran Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Jenazah baginda telah dimakamkan selepas upacara perisytiharan Sultan Selangor yang baru.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

Thursday, January 26, 2012

Perlantikan YTM Tunku Abdul Rahman Sebagai Canselor Universiti Malaya Yang Pertama




Pada hari ini dalam tahun 1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah melantik YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebagai Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang pertama. Pelantikan ini telah dibuat bagi mengenang jasa-jasa dan sumbangan beliau terhadap negara. 

Pelantikan ini telah menjadikan Tunku sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Pencalonan dan pemilihan beliau ke jawatan Canselor Universiti Malaya ini telah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 Januari 1962. Pelantikan ini juga telah disokong oleh Persidangan Raja-raja Melayu yang telah mengemukakan persetujuan agar jawatan Canselor harus disandang oleh Tunku secara peribadi. 

Pelantikan Tunku Abdul Rahman adalah dibuat berdasarkan Perlembagaan Baru Universiti Malaya 1961 bahagian 53 dan beliau telah menduduki jawatan sebagai Canselor Universiti Malaya selama tujuh tahun mulai 1 Januari 1962.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia & UM Memory Photo Galery

Wednesday, January 25, 2012

Pertabalan Dato' Kelana Petra Sebagai Undang Sungai Ujong & Sultan Perak Mengurniakan Pingat




Pada hari ini dalam tahun 1951, Dato' Kelana Petra, Mohd Kassim Dato' Mandika Hj. Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Undang Luak Sungai Ujong. Istiadat pertabalan telah berlangsung di Balai Undang, Ampangan, Negeri Sembilan. Dato' Kelana Petra telah diisytiharkan sebagai Undang oleh Dato' Shahbandar pada 27 Mac 1946 menggantikan Almarhum Dato' Kelana Ma'amor Kassim. Dato' Kelana Petra dilahirkan pada 13.10.1904 di Kampung Panti, Seremban. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Panti dan meneruskan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar setelah tamat darjah 4 pada tahun 1916. Semasa di Maktab Melayu beliau bergiat cergas dalam bidang sukan terutamanya bola sepak dan tenis. 

Selepas tamat darjah 9, beliau memegang jawatan sebagai kerani di Pejabat Elektrik Seremban. Beliau seterusnya bertugas di Pejabat Tanah Seremban selama 8 tahun dan akhirnya menjawat jawatan kerani kewangan di Pejabat Besar Elektrik di Kuala Lumpur. Semasa bertugas di Seremban, beliau bergiat cergas dalam Persekutuan Persidangan Belia di sana dan pernah menjadi Setiausaha dan Bendahari dalam persekutuan tersebut. 

Tembakan meriam sebanyak 9 das menandakan bermulanya istiadat pertabalan. Seterusnya istiadat bersiram telah dimulakan oleh Dato' Batin dari Ulu Beranang dan Jenang diikuti pula oleh Dato' Mandika, Dato' Seri Maharaja Diraja dan lain-lain ahli waris. Istiadat diteruskan apabila Dato' Syahbandar mengisytiharkan pekerjaan kerajaan dan meriwayatkan riwayat hidup Undang yang baru. Dato' Laksamana dan Dato' Panglima Besar kemudiannya mengisytiharkan istiadat mengadap. Istiadat ini didahului oleh Dato' Mandika dan 25 orang Dato'-Dato' yang lain, Kadi-kadi termasuk Naib-naib Kadi, Penghulu, Buapak-buapak, dan waris-waris yang lain. Istiadat ini adalah mengikut aturannya telah ditentukan dan bacaan doa telah menamatkan istiadat.

SULTAN PERAK MENGURNIAKAN PINGAT

Pada hari ini dalam tahun 1958, Sultan Perak Paduka Seri Sultan Yussuff Izzuddin Shah telah mengurniakan Pingat Baik Pekerti dan Pingat Bakti Kerajaan Perak kepada sebelas orang anggota Pasukan Keselamatan kerana perkhidmatan dan kejayaan cemerlang mereka dalam menentang pengganas-pengganas di negeri Perak. Antara mereka yang dikurniakan Pingat Kebaktian oleh Sultan Perak, di dalam upacara pengurniaan pingat yang bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ini ialah Sarjan Nasaruddin Mohamad dari Pasukan Khas, Assistant Supritendent G.E Coster, Pegawai Special Branch, Ipoh dan Lans Korporal Deobahadur Thapa. Pejuang-pejuang yang menentang pengganas ini dikurniakan pingat sebagai mengenang peranan mereka dalam usaha menangkap Chin Voon, Pengganas Komunis yang paling di kehendaki di negeri Perak. Berikutan itu juga, atas jasa dan bakti mereka, dalam surat pengurniaan pingat ini wira-wira ini telah disifatkan sebagai ‘Bapa Pasukan Gelap Special Branch’ di Perak.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

Tuesday, January 24, 2012

Perasmian Bank Negara Malaysia



Pada hari ini dalam tahun 1959, Bank Negara Tanah Melayu ( Kini Bank Negara Malaysia ) telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni  Al-marhum Tuanku Muhammad. Di dalam titah perasmiannya baginda telah menyatakan bahawa dengan tertubuhnya Bank Negara ini, ia menandakan satu lagi peristiwa penting yang telah dicatat di dalam sejarah Tanah Melayu semenjak negara mencapai kemerdekaan. Antara fungsi utama Bank Negara ialah seperti merancang aktiviti kewangan kerajaan selain bertanggungjawab menentukan perjalanan aktiviti ekonomi negara, termasuklah menyelenggarakan segala keadaan kredit yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Kerajaan Persekutuaan. Tuan W.H Wilcock telah dipertanggungjawabkan sebagai Gabenor Bank Negara yang pertama, sebelum dilantik ke jawatan tersebut beliau merupakan Penasihat Bank Kerajaan dan telah memegang jawatan tersebut dari Januari 1959 hingga Julai 1962.


Gambar Sekitar Perasmian Bank Negara



Sumber : Arkib Negara Malaysia

Saturday, January 21, 2012

Pembubaran Malayan Union & Raja-Raja Melayu Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu..


Pada hari ini dalam tahun 1948 telah berlakunya 2 peristiwa bersejarah yang amat bermakna bagi Negara Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu->Persekutuan Tanah Melayu iaitu Pembubaran Malayan Union & Perjanjian Persekutuan  Tanah Melayu. Mari kita ikuti catatan sejarah dibawah :-


Pada hari ini dalam tahun 1948, Sir Edward Gent, bagi pihak Kerajaan British, dan Raja-Raja Melayu telah menandatangani perjanjian Pembubaran Malayan Union. Pembubaran itu telah memberi jalan kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Malayan Union yang ditubuhkan berasaskan kepada triti yang dibuat di antara Harold MacMichael dengan Raja-Raja Melayu tanpa mengikut perlembagaan, tradisi, kebudayaan dan pengertian tentang Negeri-Negeri Melayu telah mendapat tentangan hebat dari orang-orang Melayu. Semenjak lahirnya Malayan Union, itu orang-orang Melayu telah berpegang teguh  kepada haknya dan apa juga yang datang dan berlaku tidak berjaya merubah pendirian mereka malah terus ditentang oleh mereka habis-habisan. Tentangan orang-orang Melayu menjadi semakin kuat dan padu dengan tertubuhnya UMNO pada l Mei 1946. 


Tentangan hebat dan tersusun dari orang-orang Melayu melalui UMNO itu sangat membimbangkan pihak British. Mereka mula sedar bahawa sokongan orang-orang Melayu amat perlu sekiranya Malayan Union mahu wujud dan terus wujud. Menyedari hakikat ini Kerajaan British telah menghantar Kapten L. D. Gammans dan Lt. Col. D. R. Rees-Williams selaku wakil Parlimen Kerajaan British bagi meninjau pendapat orang-orang Melayu. Kemana saja kedua-dua wakil ini pergi sentiasa saja diburu oleh tunjuk perasaan orang-orang Melayu. Bagaimanapun, tentangan hebat orang-orang Melayu itu tidak begitu memberi kesan dan tidak begitu membimbangkan pihak Kerajaan British di United Kingdom, apa yang lebih membimbangkan mereka ialah tentangan pegawai-pegawainya sendiri di Tanah Melayu yang akan melaksanakan dasar dan rancangan Malayan Union itu. 


Ada di antara mereka telah lama berada di Tanah Melayu dan lebih memahami kehendak dan akibat tentangan orang-orang Melayu jika tidak diendahkan. Ralph Hone (Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam BMA) sebelum lagi Malayan Union itu menjadi kenyataan, telah melaporkan kepada Pejabat Tanah jajahan bahawa Sultan-Sultan yang menandatangani Perjanjian MacMichael itu tidak menyedari sepenuhnya akibat perjanjian itu dan dengan itu beberapa pindaan hendaklah dilakukan terhadap cadangan Malayan Union itu. Sementara itu, Gabenor Sir Edward Gent, telah berunding dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 24 Mei 1946 berani memberikan persetujuannya dengan cadangan-cadangan Raja-Raja Melayu itu terhadap penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Demikian juga dengan Mr Malcolm McDonald, Gabenor Jeneral, dan beberapa orang Pegawai Tinggi British di Tanah Melayu; mereka menyokong sepenuhnya rancangan Persekutuan Tanah Melayu oleh UMN0. 


Akhirnya, bimbang dengan tentangan-tentangan hebat yang tidak henti-henti dari orang-orang Melayu dan atas desakan para pegawainya sendiri pihak Kerajaan British di London terpaksa mengubah dasarnya terhadap Malayan Union. Rundingan-rundingan mulai diadakan di antara UMNO dan Raja-Raja Melayu dalam rangka pembentukan satu rupa Kesatuan yang baharu. Rundingan-rundingan itu telah menghasilkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan pada hari ini dalam tahun 1948, DYMM Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertempat di bilik jamuan King's House (Carcosa sekarang) dan Sir Edward Gent menandatangani bagi pihak Kerajaan British. Dengan itu maka tamatlah riwayat Malayan Union dan wujud Persekutuan Tanah Melayu pada l Februari 1948 dengan kuatkuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang baru ditandatangani itu. 

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Sir Edward Gent sebagai wakil kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu bagi negeri Johor, Pahang, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan termasuk Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Perjanjian ini telah dibuat selepas gagasan Malayan Union mendapat tentangan hebat orang Melayu dari segenap pelosok negara. Desakan demi desakan dari seluruh negara telah memaksa Inggeris menarik balik gagasan Malayan Union dan digantikan dengan satu bentuk pentadbiran yang lebih selesa. Sesungguhnya Perjanjian yang ditandatangani di King's House (CARCOSA), Kuala Lumpur ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang telah mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan beberapa syarat kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu.  Peristiwa bersejarah pada hari ini juga adalah menjadi asas kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 kemudiannya, dan menjadikan Malaysia sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...