Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 9, 2012

Parang Dunia Kedua : Part 1 :- Jepun Menakluki Tanah Melayu....


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Pembaca.....

Firstly amiey nk minta maaf sebab terlambat sedikit update entri ni sebab tercicir dari senarai pula dengan keadaan yang sibuk dengan assignment & tugasan-tugasan lain...jadi pada kesempatan ini amiey update semula entri ni..kalau pembaca semua nak tahu apa entri yang amiey nak update ni ia ada satu peristiwa yang amat penting bagi kita semua dan ia juga ada kaitan dengan rentetan peristiwa kearah kemerdekaan..apakah peristiwa itu?? ia seperti yang yang tercatat pada tajuk entri amiey so tak payahlah amiey nak cakap lagi kn sebab rasanya semua reti baca kan...ha33!!!..siapa tahu peristiwa ni berlaku bila? ia berlaku sewaktu perang dunia kedua ( World War II ) sekitar tahun 1941-1945 yang mana Persekutuan Tanah Melayu juga termasuk dalam negara yang mengalami perang dunia kedua apabila negara kita dijajah oleh Tentera Jepun ketika itu...Mari kita ikuti rentetan peristiwa tersebut :-


Pada hari ini 31 Januari dalam tahun 1942, tentera Jepun telah menakluki seluruh Tanah Melayu apabila mereka berjaya menawan Johor Bahru. Kemenangan Jepun ini dicapai dalam masa sebulan lebih iaitu mulai 8 Disember apabila mereka mendarat di Kota Bharu. Kejatuhan Tanah Melayu yang begitu mudah adalah akibat salah perhitungan pihak British terhadap kekuatan tentera Jepun. Sebaliknya tentera-tentera Jepun telah dilatih khas untuk berperang di negeri-negeri tropika. Mereka dilatih di Taiwan dan Selatan Indo-China dan diajar cara-cara menghadapi malaria dan menggunakan apa juga kenderaan terutamanya basikal untuk memudahkan gerakan serangan mereka. 

Pemerintahan British kurang membuat persiapan untuk menentang kemaraan Jepun di rantau Asia Tenggara. Peperangan dunia kedua di Eropah telah membuatkan Kerajaan British menumpukan kekuatan tenteranya di sana. Pihak British menganggap kekuatan Jepun sebagai satu perkara yang mudah kerana kedudukan ekonomi Jepun pada waktu itu tidak mengizinkan penglibatan penuh negara itu dalam peperangan ini. Britain menganggap kekuatan tentera lautnya di Lautan China Selatan boleh mematahkan serang tentera Jepun. 

Tetapi dengan tenggelamnya kapal-kapal Prince of Wales dan Repulse oleh serangan tentera udara Jepun di Laut China Selatan pada 10 Disember 1941, pertahanan tentera British di barisan hadapan telah menjadi lumpuh. Kemaraan tentera Jepun tidak dapat dihalang walaupun mereka hanya mempunyai 60 ribu orang tentera berbanding dengan 130 ribu dan duakali ganda bekalan peluru di pihak British. Dengan menggunakan kekuatan angkatan udaranya dan menyelaraskan bahagian-bahagian yang lainnya dalam satu serangan yang padu, mereka telah berjaya menakluki Tanah Melayu. Lt. General Percival, Pemerintah tentera bagi Tanah Melayu tiada pilihan lain dan terpaksa menyerah diri kepada Lt. General Yamashita, Pemerintah Angkatan Tentera Ke-25 Jepun, pada 15 Februari 1942 di kilang Kereta Ford, Jalan Bukit Timah, Singapura.

kalau nak tahu selanjutnya klik Perang Dunia Kedua : Part 2.....

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...