Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 27, 2012

Al-Fatihah :: Pejuang Negara Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun.......

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Pembaca......

Al-Fatihah....
Allahyarham Sarjan Abdul Wahab Bin Hamid
1926-2012
Kenalkah semua akan pemilik wajah diatas??? mungkin ada segelintir masyarakat sahaja yang tahu dan tidak tahu akan beliau dan beliau ialah Allahyarham Sarjan Abdul Wahab Bin Hamid, Allahyarham adalah datuk saudara amiey di sebelah ibu ( mak amiey ) dan amiey menggelarkannya sebagai Tok Uda Wahab dan beliau merupakan suami kepada sepupu Uwan Amiey ( kata ganti nama nenek bagi orang negeri sembilan )...

Jadi hari ni amiey nak berkongsi serba sedikit mengenai arwah datuk saudara amiey yang baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 25 Februari yang lalu...Allahyarham merupakan salah seorang bekas tentera yang berpangkat sarjan dan juga seorang pejuang negara yang suatu ketika dahulu membantu mempertahankan negara menentang penjajah ketika era 40-an hingga 50-an sewaktu sebelum merdeka...Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akibat masalah pernafasan dan komplikasi jantung serta beberapa lagi penyakit sampingan setelah seminggu dimasukkan ke hospital tersebut.. pada mulanya Allahyarham hanya dimasukkan ke wad biasa tetapi setelah beberapa hari di rawat dihospital tersebut keadaan Allahyarham bertambah tenat dan telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi ( ICU ) untuk rawatan lanjut...

Sehari sebelum Allahyarham meninggal dunia amiey sekeluarga telah dikhabarkan bahawa Allahyarham sedang sakit kuat dan berada dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri sewaktu berada di wad ICU dan ketika itu Allahyarham sedang bertarung nyawa di antara hidup dan mati dan saat itu juga hanya ALLAH sahaja yang tahu bagai mana keadaan Allahyarham..

Tetapi, keadaan itu tidak lama bak kata pepatah " sangkakan panas sampai ke petang tetapi hujan ditengah hari " ALLAH lebih sayangkan Allahyarham dan telah menjemputnya untuk berada disisi penciptanya yang kekal lagi Maha Berkuasa keatas sekalian makhluk ciptaannya....Tepat jam 8.45 pagi 25 Februari yang lalu Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi ahli keluarga terdekat...Amiey dapat khabar yang mendukacitakan tentang pemergian Allahyarham itu dari akak sepupu amiey yang amiey panggil ' ateh ' melalui panggilan telefon. kebetulan pula pada pagi itu amiey dengan mak amiey hendak keluar kerana ada sedikit urusan di luar jadi kami pun selesaikannya terlebih dahulu kemudian kami terus pulang kekampung untuk menziarahi jenazah dan ahli keluarga Allahyarham...masa amiey dengan mak amiey sampai dikampung jenazah Allahyarham dah selamat tiba di kediamannya di Kampung Terusan, Juasseh. Setelah jenazah Allahyarham selesai dimandikan dan dikafankan, jenazah Allahyarham dibawa ke masjid berdekatan untuk disembahyangkan dan kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan yang bersebelahan dengan rumah Allahyarham...kalau nak tahu lebih lanjut baca berita dibawah yang diambil sumbernya dari Utusan Malaysia hari ini 27 Februari 2012...   


KUALA PILAH 26 Feb. - "Beri tahu semua kenalan abah bahawa pejuang negara ini masuk hospital."

Masih jelas dalam ingatan Aminah Wahab, 57, kata-kata arwah ayahnya itu, Wahab Hamid, 86, ketika dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini Ahad lalu.

Selepas seminggu mendapat rawatan di hospital, Wahab meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.45 pagi semalam akibat masalah saluran pernafasan.

Beliau adalah penerima Military Medal (MM) daripada kerajaan British atas jasa-jasa mempertahankan negara, terutamanya ancaman komunis pada tahun 50-an.

"Baru-baru ini, abah ada meminta semua anak-anak pulang ke rumahnya di Kampung Terusan (di sini) pada 19 Februari lalu. Arwah memberitahu dia ingin menemui semua anaknya dan mengadakan kenduri doa selamat.

"Namun, pada hari perjumpaan bersama anak-anak, abah telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas," katanya.

Ujarnya, selepas tujuh hari dirawat di hospital tersebut, arwah ayahnya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Pada bulan lepas, arwah juga ada berpesan kepada saya supaya segera menghantar borang untuk mengesahkan bahawa arwah adalah penerima MM.

"Paling menyedihkan apabila kad pengesahan daripada kerajaan sampai di rumah pada Rabu lalu dan arwah tidak dapat melihat kad tersebut kerana berada di ICU," katanya.

Jenazah pahlawan negara itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan Tengah, Juasseh dekat sini petang semalam.

Arwah meninggalkan tujuh orang anak serta isteri, Selamah Choboi, 75.

Akhbar ini pada keluaran 28 September tahun lalu menyiarkan pesanan arwah kepada golongan muda untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.

Keberanian Wahab mempertahankan kedaulatan tanah air ini terserlah selepas beliau terlibat dalam pertempuran dengan pengganas komunis pada 25 Mac 1950 di Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

Sumber :- Utusan Malaysia

Al-Fatihah 
Buat Allahyarham Sarjan Abdul Wahab Bin Hamid
Semoga Roh Beliau Dicucuri Rahmat dan Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang Yang Beriamn Dan Beramal Soleh.......Amin......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...