Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 6, 2012

Canselor USIM Yang Baru......

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua Pembaca.......

Entri kali ini adalah berkenaan dengan Permasyhuran Canselor Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) yang ke-2 dan ini merupakan entri pertama saya di tahun baharu 2012. Saya Harap entri kali ini tidaklah terlalu lewat walaupun Istiadat Permasyhuran tersebut sudah berlalu hampir sebulan dan kita sudah memasuki Tahun Baharu 2012...

Untuk makluman pembaca kini USIM telah melakarkan sejarah baru apabila Canselor USIM yang baru yang merupakan Canselor Ke-2 universiti tersebut telah pun dimasyhurkan pada 3 Disember 2011 yang lalu. Mesti pembaca tertanya-tanya siapakah Canselor baru universiti tersebut kan?? Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud bagi menggantikan Canselor USIM yang lama yang telah tamat tempoh jawatan sebagai Canselor USIM dan juga merupakan Mantan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan iaitu Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.. Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Ampuan Najihah telah dimasyhurkan sebagai Canselor Pertama USIM pada tahun 2003 dan memegang jawatan tersebut sehingga November 2011...
Potret Baginda sebagai Canselor USIM  sewaktu Istiadat Konvokesyen USIM Disember yang lalu.
Sumber : USIM Photo Gallery.

Tuanku Aishah Rohani telah dimasyhurkan sebagai Canselor USIM Yang Ke-2 pada Istiadat Konvokesyen USIM yang Ke-9 pada 3 Disember 2011 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ).. Pengumuman Permasyhuran tersebut telah dibuat oleh Naib Canselor USIM iaitu Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda selaku mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Sebelum Istiadat Permasyhuran dilangsungkan satu Majlis Mengadap DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang diadakan di Istana Rasmi Baginda pada 28 Oktober 2011 bagi Menyembahkan Watikah Perlantikan Baginda sebagai Canselor USIM oleh Wakil Pengurusan Tertinggi USIM..Pada bulan berikutnya iaitu 23 November 2011 beberapa wakil Pengurusan Tertinggi USIM sekali lagi mengadap DYMM Tuanku Ampuan Besar bagi Menyembah Taklimat tentang struktur organisasi & perjalanan segala aktiviti universiti tersebut. Semoga USIM terus mengorak langkah dan terus maju dibawah naungan DYMM Tuanku serta mampu melakar nama dipersada dunia.


Potret Rasmi Baginda.
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Aishah Rohani Binti Alnarhum Tengku Besar Mahmud
D.P.T.J, D.K ( Negeri Sembilan )

Patik sebagai anak jati Negeri Sembilan dan Rakyat dibawah naungan pemerintahan Tuanku berasa amat berbesar hati & Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Menjunjung Kasih di atas perlantikan dan permasyhuran Tuanku sebagai Canselor USIM yang baru.


Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.


Selamat Tahun Baharu 2012......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...