Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 26, 2012

Perlantikan YTM Tunku Abdul Rahman Sebagai Canselor Universiti Malaya Yang Pertama




Pada hari ini dalam tahun 1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah melantik YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebagai Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang pertama. Pelantikan ini telah dibuat bagi mengenang jasa-jasa dan sumbangan beliau terhadap negara. 

Pelantikan ini telah menjadikan Tunku sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Pencalonan dan pemilihan beliau ke jawatan Canselor Universiti Malaya ini telah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 Januari 1962. Pelantikan ini juga telah disokong oleh Persidangan Raja-raja Melayu yang telah mengemukakan persetujuan agar jawatan Canselor harus disandang oleh Tunku secara peribadi. 

Pelantikan Tunku Abdul Rahman adalah dibuat berdasarkan Perlembagaan Baru Universiti Malaya 1961 bahagian 53 dan beliau telah menduduki jawatan sebagai Canselor Universiti Malaya selama tujuh tahun mulai 1 Januari 1962.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia & UM Memory Photo Galery

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...