Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 28, 2012

Perjanjian Kemerdekaan Rembau



Pada hari ini dalam tahun 1832 telah tercatatnya satu sejarah yang amat bermakna bagi Daerah Rembau ( dahulunya dikenali sebagai sebuah negeri sebelum disatukan dengan daerah-daerah lain menjadi sebuah negeri yang kini dikenali Negeri Sembilan ). Berikut adalah sejarah kemerdekaan Rembau yang dicapai melalui satu perjanjian yang dipersetujui diantara pembersar-pembesar Rembau ketika itu dengan Kerajaan Inggeris. 

Pada hari ini dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan ditandatangani di antara Penghulu Rembau iaitu Raja Ali dan lapan orang Suku bagi pihak Rembau dan Robert Ibbetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka bagi pihak kerajaan Inggeris.  Dengan perjanjian ini Kerajaan Inggeris membatalkan dan memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang terdahulu yang dibuat di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris yang ada sekarang. Antara perjanjian itu ialah:-

1.  Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah Rembau dan jajahan takluknya.

2.  Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan yang berpanjangan dan menahan dari melakukan sebarang tindakan permusuhan.  Kerajaan Rembau bebas menjalankan pemerintahan dalam lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan adat negeri itu.

3.   Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di kawasan pihak Inggeris, pihak Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan tetapi hendaklah merujukkan angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris, ia akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris, demikian juga sebaliknya jika berlaku angkara ke atas rakyat Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau, pihak Inggeris tidak boleh mengambil sebarang tindakan tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum mengikut kesalahannya. Sekiranya pihak Rembau mengumpul orang dan kelengkapan untuk tujuan berperang, hendaklah ia memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian juga bagi pihak Inggeris hendaklah ia berbuat yang sama.

Dengan termaktubnya perjanjian kemerdekaan Rembau, pada hari ini dalam tahun 1832, Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai sebuah negeri yang merdeka. Ini dapat dimengertikan dari pemansuhan perjanjian-perjanjian yang terdahulu yang mengikut dan memaksa Rembau menurut segala kemahuan Inggeris.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...