Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 27, 2012

11 April 2012 Ni Cuti Umum.......


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua Pembaca.....

Dah lama rasanya amiey tak Update blog sebab banyak sangat kerja.....ok, semua sedia maklum sekarang negara Malaysia kita berada dibawah tampuk pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 iaitu Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultam Badlishah yang menggantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 iaitu Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah yang telah tamat tempoh pemerintahan baginda pad 12 Disember 2011 yang lalu...

Oleh itu, bagi meraikan dan mengesahkan kedudukan baginda sebagai pemerintah tertinggi Persekutuan maka akan berlaku seperti negeri-negeri melayu yang lain yang mana Sultan/Raja / Yang Di-Pertuan Besar yang merupakan pemerintah tertinggi setiap Negeri-Negeri Melayu itu akan ditabalkan mengikut peruntukkan undang-undang negeri masing-masing bagi menggantikan raja-raja mereka yang telah mangkat atau yang telah turun takhta. Begitu juga yang akan berlaku kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang akan ditabalkan secara rasmi sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengikut peruntukkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan adat istiadat Raja-Raja- Melayu. Untuk Mengetahui secara lanjut bacalah sampai habis ye....






PUTRAJAYA 24 Feb. – Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.



Sumber :- Utusan Malaysia ( Arkib Berita 25 Februari 2012 )




Info :- Baginda pernah diisytiharkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang Ke-5 ( Kali Pertama ) pada 21 September 1970 - 20 September 1975 bagi menggantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-4 Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin ( Sultan Terengganu ketika itu yang juga merupakan Ninda kepada Sultan Terengganu sekarang Sultan Mizan Zainal Abidin ) dan Kali Ini Baginda sekali lagi diisytiharkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 ( Kali Kedua ) Bagi menggantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 Al-Watiqhu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah. Baginda Akan ditabalkan Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 pada 11 April 2012 ni sekali gus dengan Istiadat itu Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan cuti umum tambahan bersempena menghormati istiadat yang akan berlangsung itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...