Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pembaca Semua......
Seperti yang semua tahu pada hari Rabu lepas telah berlangsungnya Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang mana ia telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 buat kali kedua selepas 42 tahun baginda menjawat jawatan tersebut pada kali pertama sewaktu menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-5 dari tahun 1970-1975 dan buat julung kalinya istiadat kali ini telah di adakan di Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ok, entri kali ni sebenarnya amiey nak kongsikan pada semua berkenaan dengan Potret Rasmi Seri Paduka Baginda Berdua dan Gelaran Rasmi Baginda.
|
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K.,D.K.(Kelantan)., D.K.(Pahang)., D.K.(Selangor)., D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Johor)., D.K.(Terengganu)., D.K.(Perak)., D.K.(Brunei)., D.P.(Sarawak)., D.U.N.M, S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon Of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia)., Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso.Knight Order of St.John, Hon. Ph.D (UUM)
|
|
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH
D.M.N., D.K., D.K.H. |
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
SEMOGA QARAR DIATAS TAKHTA
www.arrayah.info : Perbandingan Kekuasaan Khalifah dengan Kekuasaan Yang Di Pertuan Agong
ReplyDelete