Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kepada Semua........
Seperti yang kita semua sedia maklum, esok akan berlangsungnya Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-14 yang mana ia akan melakar sejarahnya tesendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan bukan itu sahaja, ia juga akan mencipta sejarah dalam pergiliran tampuk Pemerintahan SPB YDPA apabila KDYMM Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yakni Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Kedah Darul Aman yang akan ditabalkan pada esok hari sebagai SPB YDPA buat kali kedua apabila baginda pernah ditabalkan sebagai SPB YDPA Ke-5 sekitar tahun 1970-1975 dan pada upacara kali ini akan memperlihatkan baginda merupakan satu-satunya raja melayu yang menaiki tahkta sebagai SPB YDPA buat kedua kalinya.
Berikut adalah Artikel tentang Keunikan Pemerintahan Beraja Dalam Sistem Demokrasi Malaysia yang dipetik dari Bernama
Kuala Lumpur, 7 April -Pemerintahan Beraja di Malaysia dikatakan palimg unik berbanding negara lain yang mengamalkan pemerintahan beraja.
Ini kerana dinegara-negara berkenaan takhtapemerin tahan terus kekal dikuasai waris, tetapi di Malaysia raja yang memegang jawatan sebagai ketua negara atau dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong bertukar mengikut giliran dalam kalangan sembilan Sultan atau Raja yang memerintah negeri.
Sungguhpun negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berpalimen, pemilihan Yang Di-Pertuan Agong yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi.
Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang Di-Pertuan Agong orang yang utama di Malaysia, tidak dipilih oleh rakyat tetapi oleh sembilan orang Raja-Raja Melayu berkenaan pada persidangan Majlis Raja-raja bagi memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.
Apabila genap tempoh itu, Seri Paduka Baginda hendaklah turun dari takhta dan akan diganti oleh seorang raja lain berdasarkan sistem pemilihan yang sama. dalam sistem pergiliran ini, tahkta pemerintahan adalah
kekal tetapi raja akan bersilih ganti.
Raja-Raja Melayu yang layak memilih dan dipilih menduduki takhta pemerintahan Malaysaia ialah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak.
NEGERI SEMBILAN YANG PERTAMA
Sejak pemilihan Yang Di-Pertuan Agong pertama iaitu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Malaysia sudah mempunyai 14 orang ketua negara termasuk Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dari kedah yang akan ditabalkan pada 11 April ini ( esok ).
malah pertabalan Tuanku Abdul Halim, 84, pada Rabu ini ( esok ) akan mencatat sejarah kerana telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong buat kali kedua. Seri Paduka Baginda pertama kali dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Kelima pada 23 Julai 1970 semasa berusia 42 tahun.
Mengikut Catatan sejarah, Sistem pemilihan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan oleh para undang yang memerintah luak atau daerah di negeri itu mengikut adat Minangkabau, memberikan inspirasi kepada p Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam rangka kaedah pemilihan Yang Di-Pertuan Agong.
Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab memperkemas sistem yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid pada 1957 di mana jawatan Yang Di-Pertuan Agomg bukanlah diwarisi tetapi berdasarkan kepada sistem giliran- sesuatu yang baru dan tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia.
Sehubungan itu, perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah Kepala Utama Negara. Seri Paduka Baginda mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam persekutuan.
Di bawah pindaan 1993, Yang Di-Pertuan Agong, Sperti Raja-Raja boleh didakwa atas kapasiti peribadinya dan jika didakwa bagi sebarang kesalahan dibawah mana-mana undang-undang, Seri Paduka Baginda akan dibicarakan di Mahkamah Khas yang dibentuk Majlis Raja-Raja.
DIPILIH MAJLIS RAJA-RAJA
Perlembagaan juga termaktub bahawa Yang Di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raj-Raja secara undi sulit untuk tempoh 5 tahun. Namun begitu, Seri Paduka Baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan mengutus surat perletakkan jawatan kepada Majlis Raja-Raja atau dipecat seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Setakat ini belum ada pemegang jawatan Yang Di-Petuan Agong yang dipecat atau meletak jawatan. Perlembagaan seterusnya memaktubkan bahawa sebagai Ketua Utama Negara, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa Perundangan, Pemerintahan dan kehakiman. Dalam Banyak perkara hampir semua keputusan kerajaan yang dibuat Seri Paduka Baginda adalah atas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
Namun begitu, Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara bagi melaksanakan tugas-tugas berikut :-
* Melantik Perdana Menteri,
* Tidak mempersetujui pembubaran parlimen,
* Meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam perlembagaan.
Ada beberapa tugas rasmi yang hanya boleh dilakukan oleh Yang Di-Pertuan Agong termasuk memanggil, memberhenti dan membubarkan parlimen. Selain mempunyai kuasa dan budi bicara melantik seorang Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda juga berkuasa melantik Menteri-menteri lain sebagai anggota Jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, atas nasihat Perdana Menteri.
AGONG KETUA AGAMA
Selain Menjadi pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunya Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri asal Seri Paduka Baginda.
Yang Di-Pertuan Agong berkuasa melantik hakim-hakim, mahupun mengampunkan dan menangguhkan hukuman mengenai segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahn yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Seri Paduka Baginda mengurniakan bintang-bintang kebesaran dan pingat kepada rakyat di semua peringkat.
Sumber :- Arkib BERNAMA.
No comments:
Post a Comment