Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 24, 2011

Aku Da Kurus........Ha33!!!!

Perghhhhh!!!!!
x tau b'tpe gmbire nye ati aku ni.......
nk d jd kn cite.....
kt uma aku ad peninmbang brat tau......
so aku tmbang la brat aku smlm.....
aku rse mcm x p'cye........
korg rse brt aku mkin naik ke trun??????
mst la trun kn klu x x de la aku gmbire sgt......
mle2 mmg rse mcm x cye...
puas la aku trun naik ats p'nmbang 2.......
nk sure kn brat aku 2 btul ke x.......
ha33!!!!!!
akhir nye btul2 brat aku da trun.....
now brat aku kmbli pd asl yg ideal......
pas ni x ley nk mkn mcm2 x tn2 mse....
kne la jg mkn.....
hu33!!!!!!!!

P/S : pd kwn2 sume jge la brat n mkn anda......
        jgn la t'lalu obses sgt utk mkn t'utama nye mknn ringan...
        krn nnt ia akn m'ngundang obesiti & p'nyakit yg x d'ingini.....
        pesanan dr Kementerian Kesihatan Malaysia.........
        Peace Lots of Smile......=)

Friday, May 20, 2011

Peluang Martabatkan Bahasa Melayu ( SASTERA )

KALAU betul semua acara antarabangsa yang dianjurkan di negara akan dikendali dalam bahasa Melayu, maka ia merupakan satu usaha yang mampu memartabatkan bahasa Kebangsaan itu. Kalau kita sedar, bahasa Melayu sudah lama terpinggir di bumi sendiri. Walaupun diangkat sebagai bahasa kebangsaan tetapi ia bukannya bahasa pertuturan di negara ini. Hanya orang Melayu di luar bandar dan yang berpendapatan rendah dan sederhana sahaja bertutur dalam bahasa Melayu. Rakyat Malaysia yang lain lebih selesa berhubung menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa ibunda kaum masing-masing.

Acara-cara rasmi yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya mungkin sekadar pada Perhimpunan Agung UMNO dan Pas selain sidang Dewan Undangan Negeri serta persidangan Parlimen. Yang lainnya lebih banyak mengutamakan bahasa Inggeris dengan alasan ia bahasa antarabangsa. Oleh itu, apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan acara-acara antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya merupakan petanda baik untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan. Bagi negara-negara lain, penggunaan bahasa kebangsaan pada acara-acara rasmi termasuk yang bertaraf antarabangsa merupakan perkara biasa. Ia bukan sesuatu yang baharu. Contoh yang paling dekat dengan kita ialah Thailand. Dalam apa juga acara yang dianjurkan bahasa kebangsaan sentiasa mereka utamakan.

Sistem pendidikan semuanya menggunakan bahasa dan tulisan Thai. Tetapi ia tidak pernah menghalang ekonomi mereka daripada berkembang. Pemimpin-pemimpinnya juga tidak kekok berucap dalam bahasa kebangsaan termasuk ketika menghadiri acara di luar negara. Malah hampir semua negara di dunia ini menggunakan bahasa kebangsaan mereka dalam apa juga majlis antarabangsa selain diselang-seli dengan bahasa Inggeris. Yang pasti ia tidak menjejaskan perjalanan acara tersebut. Apa juga acara terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia dan sebagainya, semuanya dianjurkan dengan menggunakan bahasa kebangsaan negara tuan rumah. Sebab itu, cadangan Muhyiddin itu bukan sesuatu yang pelik kerana ia merupakan amalan biasa di negara-negara lain yang bahasa Inggeris bukan bahasa kebangsaan mereka.

Sudah tentu, pelaksanaan itu tidak akan mendatangkan apa-apa masalah. Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) misalnya, ia dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Para pemimpin yang berucap akan menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing. Peranan juru bahasa yang akan mempermudahkan dan melancarkan perhimpunan PBB pada setiap tahun. Begitu juga jika bahasa Melayu digunakan pada acara-acara bertaraf antarabangsa di negara ini. Peranan juru bahasa akan mengatasi apa juga masalah. Malah ketika Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) peranan juru bahasa tetap diperlukan walaupun acara menggunakan bahasa Inggeris. Tidak semua pemimpin yang hadir itu mahu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jadi, tidak ada bezanya jika acara tersebut dilangsungkan dengan bahasa Melayu. Oleh itu, kita tidak perlu fobia atau gundah gulana apabila bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam acara-acara terbabit. Bagi peminat sukan mereka tentunya biasa menonton secara langsung kejohanan tenis luar negara yang menawarkan hadiah jutaan ringgit. Jika kita perasan, pengadilnya membuat kiraan dalam bahasa kebangsaan negara yang menjadi tuan rumah sebelum diulangi dalam bahasa Inggeris. Tetapi di negara kita, kiraan dibuat dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Tetapi saranan Muhyiddin itu sekurang-kurangnya dilihat sebagai usaha yang dapat mengangkat martabat bahasa Melayu. Penutur bahasa ini bukannya kecil. Separuh daripada penduduk di rantau ASEAN bertutur atau memahami bahasa Melayu. Ia adalah bahasa serantau sama seperti beberapa bahasa utama lain dunia. Sudah sampai ketikanya ia diangkat dan digunakan pada acara-acara bertaraf dunia yang dianjurkan di negara ini.

Keunikan Istiadat Menyalang ( SASTERA )


( Sumber Gambar - Utusan )

Seorang penyandang pusaka adat yang baru (kanan) menerima sebilah keris daripada Muhammad Sharip Othman sebagai tanda pelantikan. Istiadat ini merupakan teras dalam mendirikan adat bagi penyandang pusaka adat yang baru.

PEPATAH Tak lapok dek hujan, tak lekang dek paneh seringkali diungkapkan apabila membicarakan mengenai Adat Perpatih yang menjadi amalan masyarakat di Negeri Sembilan. Istiadat menyalang Datuk Lembaga dan Buapak delapan kampung Suku Biduanda Luak Rembau yang diadakan di kediaman rasmi Datuk Undang Luak Rembau di Rembau baru-baru ini menyerlahkan keunikan Adat Perpatih yang menjadi amalan turun temurun penduduk Negeri Sembilan.

Istiadat Menyalang ini adalah adat istiadat merafak sembah kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, sebagai tanda menjunjung kasih penyandang pusaka baru mengadap dengan penuh beradat dan istiadat.Istiadat kali kelima ini yang diadakan di kediaman rasmi Undang Luak Rembau sejak tahun 1999 menyaksikan empat orang penyandang pusaka yang baru dilantik merafak sembah kepada penyandang pusaka yang lebih tinggi yang juga sebagai pelengkap atau istiadat terakhir pelantikan mereka.

Mereka ialah penyandang Pusaka Lembaga iaitu Datuk Putih Khairol Nizam Yahya (Suku Batu Hampar Petani) dan Datuk Panglima Dagang Ruslan Nunet (Suku Seri Melenggang Minangkabau) serta Pusaka Buapak iaitu Datuk Juan Mohd Ros Mohd Yunus (Buapak Suku Biduanda Kampung Tebat) dan Datuk Samaraja Dzulkefli Ismail (Buapak Suku Biduanda Kampung Kota).

Majlis itu turut menyaksikan rombongan penyandang pusaka sukunya bersama dan anak buah mengadap dengan beradat dan mempersembahkan wang adat (bahara), tepak sireh, serta iringan seperti nasi besar (panco) yang berisi telur, wajik, dodol dan boko atau dulang yang berisi kuih muih. Mengikut adat kehadiran mereka dengan rombongan ini menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam memperakukan penyandang pusaka adat tersebut.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab dan Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail. Perlantikan penyandang pusaka adat di Luak Rembau adalah amalan demokrasi yang diamalkan oleh pengamal adat sejak dahulu. Ia adalah tanggungjawab setiap ahli dalam suku tersebut sebagai hak dan kebebasan untuk memilih atau dipilih. Kekosongan sesuatu pusaka adat selalunya disebabkan kematian dan "memuntahkan" pusaka dan sebagainya. Di Luak Rembau, penyandang pusaka adat akan diganti selepas 100 hari kekosongan berlaku.

Kebulatan mengikut pepatah "Bulat air dek pembetong, bulat kata dek muafakat" akan diadakan untuk mencari "benih" dalam menentukan "perut" mengikut giliran. Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman berkata istiadat ini menjadi teras dalam mendirikan adat bagi penyandang pusaka adat yang baru.

Adat istiadat itu dizahirkan (diamalkan) daripada nenek moyang terdahulu dan sehingga kini masih dipegang teguh kepada sistem adat dan seterusnya memakmurkan institusi adat itu sendiri. "Keindahan adat kita sungguh jelas. Istiadat ini bertujuan memasyhur dan mengisytiharkan secara rasmi kepada anak buah berkaitan pusaka yang disandang Datuk Lembaga. "Kehadiran mereka dengan rombongan menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam memperakukan penyandang pusaka adat itu," katanya pada majlis Istiadat Menyalang itu. 

Monday, May 16, 2011

Stesen Baru KTM Seremban Dibuka....

Berita baik untk semua penumpang  @ pengguna pengangkutan awam KTMB bg pnduduk dikawasan Seremban, Senawang, Sg. Gadut & kawasn s'kitarnya untuk makluman semua stesen baru KTMB bg Stesen Senawang & Sg. Gadut tlah pn d'buka kpd org ramai mula b'kuatkuasa pd 14 Mei 2011 & akn memberi caj perjalanan percuma kpd pengguna slama 7 hari bermula 14 Mei 2011 - 20 Mei 2011......mri la sma2 kita m'nikmati nya......


Utk m'ngatahui jadual p'jalanan ( klik Link d'bwh ) : 


jgn lpe m'cuba.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...