CIRI-CIRI BANGUNAN
Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Istana ini mempunyai Senibina & reka bentuk unik yang mempunyai elemen-elemen islam & elemen-elemen alam melayu.
LALUAN ISTANA
Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iatu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.
Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu- Tetamu Diraja.
Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.
Tatkala tarikh ditanggal & sejarah tercipta maka selepas tarikh kuatkuasa beroperasi sepenuhnya Istana Negara yang baru pada 11 November ni maka dengan rasminya segala adat istiadat, upacara & majlis-majlis rasmi kerajaan/istana akan dilaksanakan di istana tersebut.
mengikut perkiraan acara @ istiadat pertama yang akan dilaksanakan di istana negara yang baru ni adalah Istiadat Jamuan Negara Sempena Tamatnya Peperintahan DYMM SPB YDPA ke-13 pada Disember ini & Istiadat Pertabalan DYMM SPB YDPA ke-14 merupakan Istiadat Pertabalan pertama yang akan di langsungkan di Istana Negara Baru ini.

No comments:
Post a Comment