Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 8, 2011

Istana Negara Yang Baru Di Jalan Duta

Untuk makluman awam bahawa Istana Negara yang sekarang yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur telah berpindah ke Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ini kerana bagi menggantikan Istana Negara sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 1957 lagi. Penyerahan  Istana Negara Jalan Duta telah diadakan pada 18 Oktober 2011 yang lalu kepada Pentadbiran Istana Negara dan akan beroperasi sepenuhnya pada 11 November ini.

CIRI-CIRI BANGUNAN
Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Istana ini mempunyai Senibina & reka bentuk unik yang  mempunyai elemen-elemen islam & elemen-elemen alam melayu. 
LALUAN ISTANA
Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iatu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.  
Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu- Tetamu Diraja.
Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.

Tatkala tarikh ditanggal & sejarah tercipta maka selepas tarikh kuatkuasa beroperasi sepenuhnya Istana Negara yang baru pada 11 November ni maka dengan rasminya segala adat istiadat, upacara & majlis-majlis rasmi kerajaan/istana akan dilaksanakan di istana tersebut.

mengikut perkiraan acara @ istiadat pertama yang akan dilaksanakan di istana negara yang baru ni adalah Istiadat Jamuan Negara Sempena Tamatnya Peperintahan DYMM SPB YDPA ke-13 pada Disember ini & Istiadat Pertabalan DYMM SPB YDPA ke-14 merupakan Istiadat Pertabalan  pertama yang akan di langsungkan di Istana Negara Baru ini.



Dibawah ni adalah koleksi gambar-gambar Istana Negara yang baru :-
















Saturday, October 15, 2011

Yang Di-Pertuan Agong Ke-14

KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Telah DiPilih & Bakal Diisytiharkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Yang Ke-14 Dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Baru-Baru Ini Yang Diadakan Di Istana Negara Dan Telah Dipengerusikan Oleh Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Muhammad Ke-V.......


Baginda Bakal Mencatat Sejarah Malaysia Dan Sejarah Pusingan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Yang Mana Baginda Bakal Menjadi Sultan Pertama Yang Menaiki Takhta Negara Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Sebanyak 2 Kali Dalam Tempoh 54 Tahun...

Pengisytiharan ini Akan Berkuatkuasa Pada 13 Disember ini Bagi Menggantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sekarang Yang Akan Tamat Tempoh Jawatan Tersebut Pada Hujung Tahun Ini.

Untuk Maklumat Lanjut : Sumber : -> Klik Sini 

Friday, September 9, 2011

Topup Naik Harga........


BERIKUT ADALAH  JADUAL HARGA TOPUP YANG BARU SETELAH DIKENAKAN CUKAI SEBANYAK 6% PADA SETIAP TELCO BERMULA PADA 15/9/2011 NANTI. 
Habislah, ni topup pulak dah naik harga......


P/S : Lepas ni sape nak beli topup belilah banyak2 sebelum 
        die naik harga ni ye...
        Meghebeh la poket lopeh ni  nak beli topup sape2 yang 
        ade pakai banyak nombor tu......

Wednesday, July 27, 2011

WW- Wordless Wednesday #1


P/S :-> Tahun ni Dapat 3 ank buah yang baru........makin b'tambah la..........tunggu la tahun depan plak...

Friday, July 15, 2011

Pesta Persukuan Adat Perpatih 2011




P/S : Jom ramai-ramai pergi esok bagi memeriahkan majlis
        sambil mengenali adat perpatih....
        Semua rakyat Negeri Sembilan dan dikawasan luar
        lingkungan dijemput hadir......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...