Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 13, 2012

Bonda Saudara Sultan Johor Mangkat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua.....

Innalillahi wa inna illaihiraji'un...

Baru-baru ni amiey ada membaca satu artikel tentang kegeringan adinda Almarhum Sultan Iskandar yang juga bonda saudara Baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim iaitu Y.A.M Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Sir Ismail. Tetapi menurut sumber terkini adalah dukacita dizahirkan bahawa Y.A.M Tunku Tun Maimunah telah mangkat di istana kediamannya di Bukit Gedong jam 4.01 pagi tadi dalam  usia 72 setelah gering beberapa hari akibat penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair & juga serangan strok. Jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah selepas Solat Jumaat hari ini.

Almarhumah Y.A.M Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Sir Ismail
12.02.1939 - 13.01.2012


Al-Fatihah .......... 
Semoga roh Almarhumah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin. 
Setinggi-tinggi sembah takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor dan kerabat damping almarhumah atas kemangkatan Y.A.M Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Ismail semoga seluruh Ahli Kerabat Diraja tabah menghadapi dugaan ini.

Friday, January 6, 2012

Canselor USIM Yang Baru......

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua Pembaca.......

Entri kali ini adalah berkenaan dengan Permasyhuran Canselor Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) yang ke-2 dan ini merupakan entri pertama saya di tahun baharu 2012. Saya Harap entri kali ini tidaklah terlalu lewat walaupun Istiadat Permasyhuran tersebut sudah berlalu hampir sebulan dan kita sudah memasuki Tahun Baharu 2012...

Untuk makluman pembaca kini USIM telah melakarkan sejarah baru apabila Canselor USIM yang baru yang merupakan Canselor Ke-2 universiti tersebut telah pun dimasyhurkan pada 3 Disember 2011 yang lalu. Mesti pembaca tertanya-tanya siapakah Canselor baru universiti tersebut kan?? Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud bagi menggantikan Canselor USIM yang lama yang telah tamat tempoh jawatan sebagai Canselor USIM dan juga merupakan Mantan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan iaitu Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.. Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Ampuan Najihah telah dimasyhurkan sebagai Canselor Pertama USIM pada tahun 2003 dan memegang jawatan tersebut sehingga November 2011...
Potret Baginda sebagai Canselor USIM  sewaktu Istiadat Konvokesyen USIM Disember yang lalu.
Sumber : USIM Photo Gallery.

Tuanku Aishah Rohani telah dimasyhurkan sebagai Canselor USIM Yang Ke-2 pada Istiadat Konvokesyen USIM yang Ke-9 pada 3 Disember 2011 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ).. Pengumuman Permasyhuran tersebut telah dibuat oleh Naib Canselor USIM iaitu Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda selaku mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Sebelum Istiadat Permasyhuran dilangsungkan satu Majlis Mengadap DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang diadakan di Istana Rasmi Baginda pada 28 Oktober 2011 bagi Menyembahkan Watikah Perlantikan Baginda sebagai Canselor USIM oleh Wakil Pengurusan Tertinggi USIM..Pada bulan berikutnya iaitu 23 November 2011 beberapa wakil Pengurusan Tertinggi USIM sekali lagi mengadap DYMM Tuanku Ampuan Besar bagi Menyembah Taklimat tentang struktur organisasi & perjalanan segala aktiviti universiti tersebut. Semoga USIM terus mengorak langkah dan terus maju dibawah naungan DYMM Tuanku serta mampu melakar nama dipersada dunia.


Potret Rasmi Baginda.
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Aishah Rohani Binti Alnarhum Tengku Besar Mahmud
D.P.T.J, D.K ( Negeri Sembilan )

Patik sebagai anak jati Negeri Sembilan dan Rakyat dibawah naungan pemerintahan Tuanku berasa amat berbesar hati & Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Menjunjung Kasih di atas perlantikan dan permasyhuran Tuanku sebagai Canselor USIM yang baru.


Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.


Selamat Tahun Baharu 2012......

Thursday, December 22, 2011

Pelancaran Mata Wang Baharu Malaysia

Gambar Sumber : Utusan Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini ( 21 Disember 2011 ) oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011. Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.


Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:
  • Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.

  • Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.

  • Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.


    Reka Bentuk Wang Kertas

    • Bahagian Hadapan Wang Kertas
    Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga rayaRosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.
    • Bahagian Belakang Wang Kertas
    Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.
    • Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
DenominasiIkon
RM100Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10Rafflesia
RM5Burung Enggang Badak
RM1Wau Bulan


Wang kertas baharu siri keempat ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan wang kertas siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, entiti perniagaan dan vendor yang mengendalikan mesin wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada mata wang siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan.

Lokasi Jualan

Wang kertas peringatan ini akan mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Lampiran 1

Spesifikasi Wang Kertas Baharu Siri Keempat
  • Denominasi
    Bahan Asas
    Dimensi
    Warna
    RM100
    Kertas
    150mm X 69mm
    Ungu
    RM50
    Kertas
    145mm X 69mm
    Hijau-biru
    RM20
    Kertas
    145mm X 65mm
    Jingga
    RM10
    Kertas
    140mm X 65mm
    Merah
    RM5
    Polimer
    135mm X 65mm
    Hijau
    RM1
    Polimer
    120mm X 65mm
    Biru


Sumber : Bank Negara Malaysia


Untuk Khusus Tentang Mata Wang Kertas & Syiling Baharu Malaysia Klik Link Di Bawah ->

Keunikan Mata Wang Syiling Baharu 
Spesifikasi Syiling Baharu 50 Sen
Spesifikasi Syiling Baharu 20 Sen
Spesifikasi Syiling Baharu 10 Sen
Spesifikasi Syiling Baharu 5 Sen

Berikut Adalah Gambaran Mata Wang Syiling Malaysia Yang Baharu :

Pandangan Hadapan & Belakang
Untuk Khusus Tentang Mata Wang Kertas Baharu Malaysia Klik Link Di Bawah ->


Berikut Adalah Gambaran Wang Kertas Malaysia Yang Baharu :

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 100

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 50

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 20

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 10

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 5

Pandangan Hadapan & Belakang Note RM 1

Thursday, November 24, 2011

Hepi Beszday Bondaku......

Hari ni merupakan hari istimewa buat my mum kerana hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran my mum yg ke-48......kebiasaan nya aku akn buat suprise untuk my mum  tp kli ni x sure la nk celebrate ke x sbb bese nye klu celebrate aku akn share dwet ngan adik aku & akak spupu aku ( ateh ) utk bli kek & barang2 lain tp skunk die x de kt uma aku die da blik kampung......lagi pun skunk ni ekonomi x m'nentu la bajet untuk wt sesuati slalu x mencukupi....insyaALLAH kalau ad rezki aku akan celebrate & try discuss ngan adk & akak spupu aku yang lg satu ( k. mira ) die la skunk ganti ateh dok kt uma aku....korang mst tertanya-tanya kn nape ateh & k. mira ni dok uma aku kan? sebenarnye dieorang ni dok uma aku sebab dieorang keje kt seremban so untuk penjimatan dieorg dok la ngan family aku sbb bg dieorg family la pling sporting & pling gile2 ble wt satu-satu p'kara ( bukan GILE ) hu33!!!!!.....senang sume cukup x payah nak sewa-sewa uma DLL.....
Sedetik Kata : walau apa & bagai mana cara skali pun cara kita m'ingati ibu kita x semestinya pada hari ulangtahun kelahiran @ hari ibu @ yang sewaktu dengan nya, bagi kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa mengingati serta mendoakan kesejahteraan ibu kita sementara ia masih dipinjamkan oleh ALLAH kepada kita dan hargailah serta sayangilah ibu kita seperti mana beliau mencurah kan kasih sayang beliau kepada kita sehingga kita menjadi orang yang berguna di sisi keluarga, agama, bangsa & negara...kerana ibu adalah insan yang sangat mulia.......bagi seorang ibu tiada yang lebih berharga selain kita menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan dari kita kecil sehingg kita dewasa...janganlah menjadi seperti " KACANG MELUPAKAN KULIT ". 

abang doakan smoga mak d'panjngkan umur & d'kurniakan kesihatan & kesejahteraan dalam hidup......Amin....

Hepi Beszday mak.......=)

Tuesday, November 8, 2011

Istana Negara Yang Baru Di Jalan Duta

Untuk makluman awam bahawa Istana Negara yang sekarang yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur telah berpindah ke Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ini kerana bagi menggantikan Istana Negara sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 1957 lagi. Penyerahan  Istana Negara Jalan Duta telah diadakan pada 18 Oktober 2011 yang lalu kepada Pentadbiran Istana Negara dan akan beroperasi sepenuhnya pada 11 November ini.

CIRI-CIRI BANGUNAN
Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Istana ini mempunyai Senibina & reka bentuk unik yang  mempunyai elemen-elemen islam & elemen-elemen alam melayu. 
LALUAN ISTANA
Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iatu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.  
Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu- Tetamu Diraja.
Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.

Tatkala tarikh ditanggal & sejarah tercipta maka selepas tarikh kuatkuasa beroperasi sepenuhnya Istana Negara yang baru pada 11 November ni maka dengan rasminya segala adat istiadat, upacara & majlis-majlis rasmi kerajaan/istana akan dilaksanakan di istana tersebut.

mengikut perkiraan acara @ istiadat pertama yang akan dilaksanakan di istana negara yang baru ni adalah Istiadat Jamuan Negara Sempena Tamatnya Peperintahan DYMM SPB YDPA ke-13 pada Disember ini & Istiadat Pertabalan DYMM SPB YDPA ke-14 merupakan Istiadat Pertabalan  pertama yang akan di langsungkan di Istana Negara Baru ini.



Dibawah ni adalah koleksi gambar-gambar Istana Negara yang baru :-
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...