Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 5, 2012

Second Day Kerje....

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Reader......

Hari ni hari kedua amiey masuk keje so macam biase la jaga kaunter lagi kan dah nama pun cashier...pagi ni amiey punch card kol 9.45 pagi awal sikit lah dari jam sebenar ntah macam mana ntah boleh awal plak tapi ok lah kan......lepas punch card masuk-masuk je pegi kaunter semalam pastu ada sorang encik ni die kire level atas sikit la dari cahsier2 yang level macam amiey ni die panggil suruh naik tingkat atas jumpe Cashier Saidatul untuk letak kat kaunter mana ( dalam ati da cakap ni mesti kene jaga soft line ni ) kire department yang baju-baju & barang2 yang lain like pakaian baby, barang cosmetic dan yang lain-lain lagi..nak tau amiey kene jaga department mane??? sekali die bagi Ladies la haaaaa amek kau....kene la ngadap makcik2 amoi2 + kakak2 yang beli baju + pakaian ttteeetttttt ( paham2 korang lah ye nak nilai pebendanye.. ) mula2 amiey segan gak lah tapi lepas tu kene la pasang tembok kat muka buat muka tak malu ngadap sume tu....bile da duduk kat situ macam bese la akan berlakunye lah komunikasi 2 hala dimana amiey dengan cashier yang jaga pagi tu..pagi tu cashier yang jaga nama die Siti Aminah ( so makcik2 sangat name die kan ) tapi panggil Ami wah kau name nak glam je ha33!!!!! tak lama lepas tu masuk 2 orang cahsier laki sorang nama die Izwan sorang lagi name die Nazli Asry...

time pagi custemor tak ramai sangat tp x putus-putus plak tu pulak bukak kaunter nye satu je memang dapat la kan jawapan die apa.....time tu x penat lagi kire boleh tahan lagi lah tapi masuk je time lepas lunch kol 2 keatas ha....macam air customer datang memang tak de chance la nak duduk walau da bukak dua kaunter lepas tu... so far duduk kat tingkat atas department ladies tu tak nampak sangat la kerenah customer yang macam-macam peel...cume ada satu je custemer chinese ni tadi die beli kasut+baby suite ngan walker skali..kalau walker tu tau jela kan besa die da macam mana die suruh kiteorang letak dalam plastik kiteorang da cakap  tak boleh guna palstik sebab terlalu besa die degil gak nak letak dalam plastik die suruh kiteorang amek gak plastiknak letak benda tu ha bagi jelah nak puaskan ati customer tu kan bila die da match kan dengan kotak tu tak boleh baru die tau da plastik paling besa da kiteorg bagi...haaaaaa kau junjunglah walker tu sampai kat kete....

So ari ni kisahnye memang sangat2 penatlah sebab orang ramai sangat shopping pakaian yang macam-macam jenis sampai pinggang kebawah da rasa macam nak bercerai dari badan da rasa nye...memang tak terkata lah rasa lenguh2 senagal2 die sampaikan jalan pun dah x betul....mmmm oklah amiey rasa sampai sini jelah untuk ari ni esok kite sambung plak ye...bye....

Monday, June 4, 2012

First Day Bekerja.......

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Reader.....

Hari ni merupakan hari pertama amiey lapor diri & bekerja di Aeon Jusco Seremban 2 dekat seremban lah tentunya.. pada mulanya agak nevours gak lah kan sebab first time keje tapi lama2 dah ok dah. mula-mula skali sebelum start keje die bagi briefing dulu dan tandatangan surat tawaran sama ada kita terima kerja kat situ atau pun tidak beserta dengan peraturan syarikat. oh ye lupa plak amiey nak bagi tau amiey keje kat situ sebagai apa??? agak2 sebagai pe? amiey kje kat situ sebagai cashier je atau dalam bahasa melayu nye juruwang, sebenarnye tak kisahlah kje pape pun yang penting keje tu halal dan sebagai seorang muslim perkara tu amat dititk beratkan..ok sambung balik pasal tadi, lepas dah settle semua tu amiey & kawan-kawan yang lain telah dibawa ke department masing-masing klu macam amiey yang dapat job cashier ada 3 orang 2 laki sorang perempuan..

bila dah sampai kat department masing-masing amiey pun mula-mula-mula bersuaikenal dengan senior cashier & staf-staf lain yang dekat department amiey tu sofar sume nye ok lah...pagi tu masa amiey masuk je kt counter cashier tu ada sorang abang ni yang jaga nama die Rosman tp panggil abang man je pada die la tmpat amiey tanya semua pasal job cashier untuk persediaan, semasa dan selepas bekerja atau shift & die tunjuk la macam mana cara nak guna cash machine, perkara-perkara dan peralatan-peralatan yang perlu ada, yang perlu dijaga semasa dikaunter... bila duduk kat cashier ni ebatkan keje die senag la sangat rupanya rumit gak & banyak prosedur nye macam-macam nak kene kira terutamanya bila pertukaran shift nanti amiey wat entri psal tu k.. ). untuk pertama kali ni amiey tak mengaplikasikan penggunaan mesin tunai tu sebab amiey baru lagi kan so banyak yang kene blaja dan nanti die akan ada training untuk staf-staf baru so masa tulah nanti baru die tunjuk semuanya dan for the first ni amiey just tolong packing-packing barang je.. pagi tu coustemer pn agak ramai gak la maklumlah minggu ni kan masih cuti skolah lagi dan lat situ pun ada sale sempena cuti sekolah.

tengah seronok serve coustemer yang macam-macam kerenah tu x sedar plak da sampai waktu break jadi amiey pun g la break ngan kawan amiey tp kene make sure ada cashier yang gantilah time tu. amiey just lunch dekat kedai kat luar Jusco tu je klu nak makan kat dalam Jusco tu tak mampu lagi ha33!!!!!!! lepas je waktu lunch amiey pun msuk balik kt kaunter yg amiey jge pagi tadi tp kali ni duty org lain plak.... pompuan yg duty nme die Azura ooohhh azuraaaaa..... ha33!!!!!! x de la sje je over sket ala-ala jamal nyanyi lagu azura.....actually mmg nama die azura pun juz pnggil zura umo die baru antara 19@20 mcm tu la lupe la plak....  macam biase la firstly mestilah intro dri antara satu sama lain kn.... yang besz nye dok jaga kaunter ngan die ni dapat gosip-gosip ala-ala sekmen sok sek-sok sek kt dlm majalah ke dalam paper ntah x sure plak.....

bile time petang haaaaaa....amek kau costemer ramai gile memang tak duduk la dibuatnye time 2....rse macam nak tercabut kaki diri lelame...time amiey jaga ngan zura ad satu coustemer ni klaka gile x silap orang korea kot sorang laki sorang pompuan....klas ko orang korea datang jusco beli rice cooker je bile time nak bayar tanya jusco member card ad ke tak ( speaking la konon sebab dengan tuorist kan ) tepinga-pinga je yang laki tu tak paham pe yang kiteorg nak naseb baik la ada si pompuan  ni die tolong jawabkan slamatlah kiteorg.....lepas tu plak ada lagi sepasang coustemer ni laki pompuan la kan may be tourist gak kot tengok style macam like2 je tapi naseb boleh cakap BM taklah nak merapu2 cakap benda lain kan tak kanlah laki-laki plak tu sejenis name nye...firstly die beli air-cornd ok fine da testing sume die jalan pastu lagi skali die datang beli rice cooker plak pastu lagi skali datang beli cerek letrik plak..adoi...cube la beli skali baya skali x payah nak baya dua tiga kali kan senag kiteorg pn x la penat nak scan, amiey ngan zura da sok sek-sok sek da tengok kerenah tourist ni beli barang satu2 tapi tulah sebenarnye cabaran jadi cashier ni...

pape pun seronok sebenarnya sebab dapat kenal orang baru, tengok perangai orang yang macam-macam dan macam-macam lagilah....tapi firstly nak cakap ialah penat itu yang penting...biasa lah jadi cashier ni kene kuat luar dalam kalau tak memang lah ( paham2 suda )....kalau nak ikutkan mana keje yang tak penat sume keje penat cuma cara kita dapat penat tu je yang berlainan....

oklah..amiey rasa sampai sini je la entri untuk hari ni kita jumpa lain entri untuk seterusnya....bye2...

Sunday, May 13, 2012

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Dimasyhur Sebagai Canselor UITM Ke-4


Semalam secara rasminya Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah dimasyhurkan sebagai Canselor UITM yang ke-4. Istiadat tersebut telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor di kampus besar UITM di Shah Alam dan istiadat ini berlangsung seiringan dengaqn Istiadat Konvokesyen UITM yang ke-76 semalam. Permasyhuran Baginda sebagai Canselor UITM telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia iaitu Y.B Dato' Seri Khaled Nordin.

Turut Berangkat mengiringi baginda ialah Permaisuri Baginda iaitu Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Tuanku Hajah Haminah Binti Hamidon.

Permasyhuran baginda dilakukan berikutan tamat tempoh perkhidmatan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 dan juga Sebagai Canselor UITM pada Disember tahun lalu.

Semoga Seri Paduka Baginda Berdua Berada Dibawah Lembayung Rahmat ALLAH S.W.T serta dapat memerintah Malaysia dengan penuh adil dan saksama.....

DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU

Friday, April 13, 2012

Entri Sempena Istiadat Pertabalan SPB Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Bahagia 5 : Potret Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-14

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pembaca Semua......

Seperti yang semua tahu pada hari Rabu lepas telah berlangsungnya Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang mana ia telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 buat kali kedua selepas 42 tahun baginda menjawat jawatan tersebut pada kali pertama sewaktu menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-5 dari tahun 1970-1975 dan buat julung kalinya istiadat kali ini  telah di adakan di Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ok, entri kali ni sebenarnya amiey nak kongsikan pada semua berkenaan dengan Potret Rasmi Seri Paduka Baginda Berdua dan Gelaran Rasmi Baginda.

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

 D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K.,D.K.(Kelantan)., D.K.(Pahang)., D.K.(Selangor)., D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Johor)., D.K.(Terengganu)., D.K.(Perak)., D.K.(Brunei)., D.P.(Sarawak)., D.U.N.M, S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon Of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia)., Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso.Knight Order of St.John, Hon. Ph.D (UUM) 

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG 
TUANKU HAJAH HAMINAH

D.M.N., D.K., D.K.H. 

DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
SEMOGA QARAR DIATAS TAKHTA

Entri Sempena Istiadat Pertabalan SPB Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Bahagia 4 : Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Selamat Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-14




Kelihatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sedang Mengucup Keris Kerajaan Semasa Istiadat Pertabalan Baginda Sambil Diperhatikan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong


KUALA LUMPUR 11 April – Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini, hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu " Perang bergema " di Balairong Seri dan para hadirin berdiri dan melaungkan " Daulat Tuanku " sebanyak tiga kali, diketuai oleh Pemangku Datuk Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu " Negaraku "  dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia yang diketuai oleh Leftenan Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

Upacara hari ini mengandungi dua sejarah penting bagi Seri Paduka kerana ini merupakan kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selain merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong V pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV pada usia 84 tahun.

Menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong V, Perdana Menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain.

Istiadat Pertabalan dimulakan sebaik keberangkatan masuk Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah ke Balairong Seri dengan diiringi tiupan nafiri dan paluan nobat lagu “ Belayar ” oleh Kumpulan Nobat Diraja Kedah.
Seri Paduka berdua kemudiannya bersemayam di Singgahsana untuk Istiadat Pertabalan.

Istiadat diteruskan dengan membawa masuk baki alatan kebesaran yang diketuai oleh Pemangku Datuk Maharaja Lela bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman membawa masuk senaskhah al-Quran, Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan dan Warkah Ikrar dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara, diikuti Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abd Aziz Che Yacob dengan diiringi paluan nobat dengan lagu “ Palu ”.

Naskhah al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela.
Seri Paduka mencium al-Quran dan meletakkannya di atas rehal yang terletak di atas meja tengah di antara Seri Paduka berdua.

Pemangku Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan surat pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri. Ini diikuti dengan Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu dihunus, dan dikucup sebelum menyarungkan semula keris itu sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka. Seri Paduka kemudiannya melafazkan ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Sebaik sahaja selesai warkah ikrar dilafazkan, nafiri ditiup dan lagu nobat " Perang " dimainkan, diikuti laungan " Daulat Tuanku "sebanyak 3 kali oleh pemanku Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin didalam Balairong Seri serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu " Negaraku " dimainkan.

Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi mengadap sebagai wakil kerajaan dan rakyat mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas Pertabalan Baginda diikuti dengan Titah Diraja dari Tuanku Abdul Halim. Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd. Aziz Che Yaacob kemudiannya membacakan doa selamat.

Selepas itu Pahar berisi Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 selamat disempurnakan. Seterusnya Balairong Seri bergema sekali lagi dengan tiupan nafiri dan paluan nobat yang memainkan lagu " Belayar " mengiringi Seri Paduka Baginda  berdua meninggalkan istiadat dengan didahului Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela  dan Datuk Pengelola Bijaya  Diraja  dan panglima-panglima yang membawa alat kebesaran diraja.

Sumber :- Utusan Malaysia & Bernama 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...