Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 30, 2012

AJL 26.........



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Readers.....

Hari ni nak cerita sikitlah pasal AJL 26 semalam..bagi amiey persembahan artis yang bertanding semalam semuanya SUPERB belaka..kalau ditanya pasal persembahan mana yang menarik semuanya menarik tapi jika ditanya persembahan mana yang amiey suka amiey akan jawab persembahan Jaclyn Victor - Sedetik Lebih, 3 Suara : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah - Beribu Sesalan, Hafiz - Awan Nano & Alyah - Kisah Hati....Amiey Sebenarnya tak tau nak cerita apa & tak nak cerita panjang-panjang sebab nanti takut melalut ke arah lain plak...he33!!!!!!

Ada siapa-siapa yang tak dapat tengok atau tak berkesempatan tengok AJL 26 malam tadi atas sebab-sebab urusan yang tak dapat dielakkan?? sila angkat tangan!!!! mesti korang semua yang tak dapat tengok ni nak tahu apa keputusan malam tadi kan...jadi Amiey akan list kan di bawah senarai pemenang dari persembahan terbaik hinggalah ke juaranya :

Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati
Vokal Terbaik : Hafiz - Awan Nano
Tempat Ke-3 : Faizal Tahir - Karma
Naib Juara : 3 Suara Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah - Beribu Sesalan
DAN
Juara Anugerah Juara Lagu 26 : Hafiz - Awan Nano

Tahniah Buat Hafiz Yang dapat merangkul dua anugerah sekaligus dalam AJL kali ini ( taun lepas pun Hafiz menang dua anugerah juga menerusi lagu Noktah Cinta ) mungkit rezeki Hafiz tahun ni dapat menjulang gelaran Juara Lagu kali ini...untuk hilangkan bosan pembaca semua amiey akan upload kan video-video  Persembahan artis dalam AJL malam tadi bermula dari Persembahan Terbaik sehinggau Juara dan lain-lain...

Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati


Vokal Terbaik & Juara Lagu 26 : Hafiz - Awan Nano
Very Simple Perfomance..Congratulations!!!!


Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Karma


Naib Juara : 3 Suara - Beribu Sesalan

Juara Lagu : Hafiz - Awan Nano :-> Lihat diatas 


Jaclyn Victor : Sedetik Lebih


Yuna - Penakut & Gadis Semasa



Projek Pistol : Wanita Seluruh Dunia


Najwa Latif : Cinta Muka Buku


Aizat : Sungai Lui


Monoloque & Atilia : Kekanda Adinda


Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet : Kalau Berpacaran


Saturday, January 28, 2012

Perjanjian Kemerdekaan Rembau



Pada hari ini dalam tahun 1832 telah tercatatnya satu sejarah yang amat bermakna bagi Daerah Rembau ( dahulunya dikenali sebagai sebuah negeri sebelum disatukan dengan daerah-daerah lain menjadi sebuah negeri yang kini dikenali Negeri Sembilan ). Berikut adalah sejarah kemerdekaan Rembau yang dicapai melalui satu perjanjian yang dipersetujui diantara pembersar-pembesar Rembau ketika itu dengan Kerajaan Inggeris. 

Pada hari ini dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan ditandatangani di antara Penghulu Rembau iaitu Raja Ali dan lapan orang Suku bagi pihak Rembau dan Robert Ibbetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka bagi pihak kerajaan Inggeris.  Dengan perjanjian ini Kerajaan Inggeris membatalkan dan memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang terdahulu yang dibuat di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris yang ada sekarang. Antara perjanjian itu ialah:-

1.  Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah Rembau dan jajahan takluknya.

2.  Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan yang berpanjangan dan menahan dari melakukan sebarang tindakan permusuhan.  Kerajaan Rembau bebas menjalankan pemerintahan dalam lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan adat negeri itu.

3.   Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di kawasan pihak Inggeris, pihak Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan tetapi hendaklah merujukkan angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris, ia akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris, demikian juga sebaliknya jika berlaku angkara ke atas rakyat Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau, pihak Inggeris tidak boleh mengambil sebarang tindakan tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum mengikut kesalahannya. Sekiranya pihak Rembau mengumpul orang dan kelengkapan untuk tujuan berperang, hendaklah ia memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian juga bagi pihak Inggeris hendaklah ia berbuat yang sama.

Dengan termaktubnya perjanjian kemerdekaan Rembau, pada hari ini dalam tahun 1832, Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai sebuah negeri yang merdeka. Ini dapat dimengertikan dari pemansuhan perjanjian-perjanjian yang terdahulu yang mengikut dan memaksa Rembau menurut segala kemahuan Inggeris.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

Friday, January 27, 2012

Kerajaan Negeri Sembilan Bakal Membina Hospital Baru.....

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Readers.........

Sebenarnya entri ni nak di updatekan semalam tapi memandangkan kesibukan membuat tugasan-tugasan yang beraneka macam jadi entri ni pun tertangguhlah sudahnya....Jadi Sekarang Amiey nak membuat entri mengenai tajuk diatas. Korang agak-agakkan kenapa Kerajaan Negeri Sembilan nak buat hospital baru?? adakah kerajaan negeri tamak nak hospital banyak-banyak? tidak cukup-cukup dengan hospital yang ada? dekat mana nak buat hospital lagi? untuk apa lagi?  adakah hospital baru ini bakal menggantikan hospital Tuanku Ja'afar Seremban? atau apa-apa sahaja persolan yang korang fikirkan.

Sebenarnya dakwaan korang semua itu tidak tepat sama sekali. Untuk makluman semua pembaca, hospital baru yang bakal dibina itu adalah di Rembau, Negeri Sembilan yang akan bermula bulan April ini. Hal ini kerana permohonan untuk pembinaan Hospital Rembau ini adalah atas pemohonan penduduk di daerah Rembau yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui RMK - 9 namun terdapat pelbagai masalah dari kontraktor swasta yang ingin membantu merialisasikan impian tersebut tetapi mereka mengenakan jumlah kos yang inggi sehingga RM 80 Juta. Maka, kerajaan Negeri Sembilan tidak bersetuju dengan keadaan tersebut dan memohon kepada Kerajaan Persekutuan agak proses pembinaan tersebut diberikan kepada JKR Daerah untuk melaksanakannya.

Menurut sumber, selepas persetujuan itu dicapai, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina iaitu di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. Pemilihan kawasan itu berikutan hampir dengan jalan utama yang menghubungkan hospital dengan Bandar Seremban. Walaupun telah diluluskan melalui RMK-9, hospital ini akan di bina melalui peruntukan RMK-10 di mana Kerajaan Negeri telah menerima peruntukan tersebut. Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.” Khabar ini disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan sewaktu majlis penyerahan Baucar BR1M pusingan pertama bagi kawasan Paroi yang diadakan di Dewan SMK Seri Pagi, Senawang petang semalam ( kelmarin ).

Dengan kewujudan Hospital di Rembau ini nanti maka lengkaplah seluruh daerah di Negeri Sembilan memiliki Hospital daerahnya sendiri. Pembinaan Hospital Rembau ini adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk di Daerah Rembau agar tidak bersusah payah untuk pergi ke Hospital Tampin yang jaraknya agak jauh antara daerah tersebut sekiranya berlaku sebarang kecemasan.


:: Kenapalah ada golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab suka menyebarkan khabar-khabar angin apabila pihak kerajaan lambat sedikit bertindak mengikut apa yang telah dijanjikan. Apalah nak jadi manusia zaman sekarang :: 

SPB Raja Permaisuri Agong terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara....


Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh Najib Tun Razak di Istana Negara, semalam. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berkenan berangkat pada majlis pengurniaan darjah kebesaran tersebut.


Semalam Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada kerajaan Malaysia. Darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara, kira-kira pukul 3 petang.

SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah turut berkenan berangkat ke istiadat persembahan darjah kebesaran tersebut.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. 


Patik rakyat Persekutuan dibawah naungan pemerintahan Tuanku Raja Permaisuri Agong & Tuanku Yang Di-Pertuan Agong menjungjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahnian di atas penganugerahan ini..

Sumber :- Utusan Malaysia

Tuanku Muhriz Berkenan Rasmi Wisma Audit Negeri Sembilan.....

Hari ini DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli turut berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Sembilan dekat sini, hari ini.


Berangkat sama ialah  permaisuri baginda, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud serta diiringi oleh Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang, pembinaan Wisma Negeri Sembilan ini merupakan salah satu projek daripada 7 projek pembinaan bangunan Audit Negeri yang telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Pembinaan bangunan ini dibina di atas tanah yang berkeluasan 3.12 ekar di pusat perdagangan Oakland, Seremban 2 dengan kos projek berjumlah RM13.6 juta.

Pembinaan bangunan ini menampilkan konsep seni bina klasik vernacular. Konsep ini merupakan reka bentuk simbolik yang berkekalan dan bermutu tinggi dengan mengambil kira ciri-ciri seni bina setempat masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu, bangunan ini bercirikan teknologi hijau dan turut menyediakan ‘rain harvesting system’ untuk tujuan penyimpanan dan penggunaan air hujan. Bangunan ini siap dibina pada 15 Mac 2011 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 18 April 2011 selepas majlis penyerahan kunci pejabat dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia kepada Jabatan Audit Negara.

Sementara itu, kata Menteri Besar, majlis perasmian ini diadakan bersempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang Ke-64. Beliau berharap dengan terbinanya bangunan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan kualiti kerja seluruh warga Audit Negeri Sembilan dalam menghasilkan laporan yang berkualiti, objektif dan menepati masa.


Baginda Tuanku Yang Di-Pertuan Besar menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh permaisuri baginda Tuanku Aishah Rohani.

Baginda Tunku Ampuan Besar menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh  Baginda Tuanku Yang Di-Pertuan Besar




Sumber : n9Kini

Thursday, January 26, 2012

Istana Negara Lama Bakal Dijadikan Pusat MICE


KUALA LUMPUR – Bangunan Istana Negara lama di sini bakal dijadikan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE), kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Beliau berkata cadangan itu dipersetujui oleh jemaah menteri dalam mesyuaratnya hari ini.
“Kita akan menjemput wakil dari MICE untuk mengkaji pelaksanaan berkenaan dengan menggunakan ruang makan dan dewan sedia ada supaya kos penyelenggaraan dapat diminimumkan.
“Sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) juga akan dilantik bagi menilai serta mengkaji cadangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesatria 1Malaysia di sini, malam Rabu.



Dr Ng berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebelum ini, juga ada membangkitkan mengenai cadangan mengguna semula istana tersebut untuk menjaga sejarah negara.
Sehubungan itu katanya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan mengkaji untuk mewujudkan galeri serta muzium bagi menarik kedatangan pelancong.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan juga bersetuju untuk menempatkan semula pengawal keselamatan berkuda di pintu utama istana tersebut bagi menarik semula kehadiran pelancong yang gemar mengambil gambar di pintu utama istana.
“Pengawal keselamatan berkuda sudah menjadi tanda perdagangan serta ada sejarah yang mesti kita kekalkan bagi menarik pengunjung berikutan sebelum ini daya tarikan itu mampu menggalakkan kunjungan kira-kira sejuta pelancong,” katanya.
“Ini bakal menjadi produk pelancongan baru kepada negara yang bakal menarik minat pelancong untuk datang melawat negara kita serta mendalami sejarah raja-raja Melayu,” kata Dr Ng.



Pada majlis tersebut seramai 17 Kesatria daripada pelbagai bidang seperti sains dan perubatan, minyak dan gas, teknologi maklumat dan elektronik serta penyelidikan dan inovasi telah dilantik bagi mempromosikan faedah menganjur persidangan antarabangsa di Malaysia kepada rakan industri mereka. – BERNAMA
Sumber :- Arkib BERNAMA 18 & 19 Januari 2012

Perlantikan YTM Tunku Abdul Rahman Sebagai Canselor Universiti Malaya Yang Pertama




Pada hari ini dalam tahun 1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah melantik YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebagai Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang pertama. Pelantikan ini telah dibuat bagi mengenang jasa-jasa dan sumbangan beliau terhadap negara. 

Pelantikan ini telah menjadikan Tunku sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Pencalonan dan pemilihan beliau ke jawatan Canselor Universiti Malaya ini telah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 Januari 1962. Pelantikan ini juga telah disokong oleh Persidangan Raja-raja Melayu yang telah mengemukakan persetujuan agar jawatan Canselor harus disandang oleh Tunku secara peribadi. 

Pelantikan Tunku Abdul Rahman adalah dibuat berdasarkan Perlembagaan Baru Universiti Malaya 1961 bahagian 53 dan beliau telah menduduki jawatan sebagai Canselor Universiti Malaya selama tujuh tahun mulai 1 Januari 1962.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia & UM Memory Photo Galery

Tuanku Aishah Rohani Melawat USIM.....


Semalam Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini, berkenan berangkat mencemar duli buat julung kalinya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk lawatan rasmi sempena Pemasyhuran Kebawah Duli Tuanku sebagai Canselor USIM pada 3 Disember 2011 yang lalu.

Turut mengiringi bersama Baginda Tuanku pada lawatan tersebut Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan Yang Mulia Tunku Dato’ Nazihah bt Tunku Muhammad Rus.

Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Y. Bhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md. Noor; Naib Canselor USIM, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda; Ahli Lembaga Pengarah Universiti; Barisan Pengurusan Tertinggi serta warga USIM.

Sejurus tiba, Baginda Tuanku menerima tabik hormat daripada Pasukan PALAPES USIM dan kemudianya dibawa ke Pejabat Canselor sebelum baginda tuanku berangkat ke sesi taklimat universiti yang disampaikan oleh Naib Canselor USIM.

Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud (tiga dari kanan) berkenan meninjau Studio Radio USIM ketika melawat Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, semalam. Turut hadir Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Datuk Nazihan Tunku Muhammad Rus.

Baginda Tuanku kemudian dibawa melawat ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bagi melihat kemudahan Studio Radio dan Studio Televisyen serta Makmal Kaunseling Kanak-kanak yang terdapat di fakulti tersebut.

Sepanjang lawatan di FKP, Baginda Tuanku diberikan penerangan ringkas yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Abd Halim Mohd Husin, Pengarah Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asean dan Cik Suria Hani A. Rahman, Ketua Program Kaunseling.

Agenda lawatan Baginda Tuanku seterusnya diteruskan dengan lawatan ke Perpustakaan USIM. Di sana, baginda tuanku dibawa melawat ke pameran jabatan-jabatan, Bilik Tayangan Multimedia, Bilik Audio dan sekitar perpustakaan. Baginda juga turut dipersembahkan kaedah cara meminjam buku menggunakan “Self Chelk Kiosk” .

Mengakhiri lawatan tersebut, baginda tuanku berangkat ke Majlis Santapan Tengahari dan pada masa yang sama, Baginda Tuanku turut berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM5 Ribu kepada Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia Cawangan Daerah Seremban (Pusat Jagaan Harian Warga Tua Seremban) dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan Negeri Sembilan.

Seluruh warga USIM merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor berangkat mencemar duli untuk lawatan rasmi ke Universiti Sains Islam Malaysia.

Sumber : Buletin USIM & Utusan Malaysia

Wednesday, January 25, 2012

WW-Wordless Wednesday #2


What Is Wordless Wednesday ?

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.





:: Dah lama tidak post entri WW ni....Ini pun baru kali kedua ( ^ o * ) ::

Pertabalan Dato' Kelana Petra Sebagai Undang Sungai Ujong & Sultan Perak Mengurniakan Pingat




Pada hari ini dalam tahun 1951, Dato' Kelana Petra, Mohd Kassim Dato' Mandika Hj. Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Undang Luak Sungai Ujong. Istiadat pertabalan telah berlangsung di Balai Undang, Ampangan, Negeri Sembilan. Dato' Kelana Petra telah diisytiharkan sebagai Undang oleh Dato' Shahbandar pada 27 Mac 1946 menggantikan Almarhum Dato' Kelana Ma'amor Kassim. Dato' Kelana Petra dilahirkan pada 13.10.1904 di Kampung Panti, Seremban. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Panti dan meneruskan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar setelah tamat darjah 4 pada tahun 1916. Semasa di Maktab Melayu beliau bergiat cergas dalam bidang sukan terutamanya bola sepak dan tenis. 

Selepas tamat darjah 9, beliau memegang jawatan sebagai kerani di Pejabat Elektrik Seremban. Beliau seterusnya bertugas di Pejabat Tanah Seremban selama 8 tahun dan akhirnya menjawat jawatan kerani kewangan di Pejabat Besar Elektrik di Kuala Lumpur. Semasa bertugas di Seremban, beliau bergiat cergas dalam Persekutuan Persidangan Belia di sana dan pernah menjadi Setiausaha dan Bendahari dalam persekutuan tersebut. 

Tembakan meriam sebanyak 9 das menandakan bermulanya istiadat pertabalan. Seterusnya istiadat bersiram telah dimulakan oleh Dato' Batin dari Ulu Beranang dan Jenang diikuti pula oleh Dato' Mandika, Dato' Seri Maharaja Diraja dan lain-lain ahli waris. Istiadat diteruskan apabila Dato' Syahbandar mengisytiharkan pekerjaan kerajaan dan meriwayatkan riwayat hidup Undang yang baru. Dato' Laksamana dan Dato' Panglima Besar kemudiannya mengisytiharkan istiadat mengadap. Istiadat ini didahului oleh Dato' Mandika dan 25 orang Dato'-Dato' yang lain, Kadi-kadi termasuk Naib-naib Kadi, Penghulu, Buapak-buapak, dan waris-waris yang lain. Istiadat ini adalah mengikut aturannya telah ditentukan dan bacaan doa telah menamatkan istiadat.

SULTAN PERAK MENGURNIAKAN PINGAT

Pada hari ini dalam tahun 1958, Sultan Perak Paduka Seri Sultan Yussuff Izzuddin Shah telah mengurniakan Pingat Baik Pekerti dan Pingat Bakti Kerajaan Perak kepada sebelas orang anggota Pasukan Keselamatan kerana perkhidmatan dan kejayaan cemerlang mereka dalam menentang pengganas-pengganas di negeri Perak. Antara mereka yang dikurniakan Pingat Kebaktian oleh Sultan Perak, di dalam upacara pengurniaan pingat yang bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ini ialah Sarjan Nasaruddin Mohamad dari Pasukan Khas, Assistant Supritendent G.E Coster, Pegawai Special Branch, Ipoh dan Lans Korporal Deobahadur Thapa. Pejuang-pejuang yang menentang pengganas ini dikurniakan pingat sebagai mengenang peranan mereka dalam usaha menangkap Chin Voon, Pengganas Komunis yang paling di kehendaki di negeri Perak. Berikutan itu juga, atas jasa dan bakti mereka, dalam surat pengurniaan pingat ini wira-wira ini telah disifatkan sebagai ‘Bapa Pasukan Gelap Special Branch’ di Perak.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

Akhirnya Yang Ditunggu-Tunggu Dapat Juga......


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Reader.......


Hari ni Amiey rasa seronok sangat sebab Baucar Buku 1Malaysia yang telah diperuntukkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui Bajet 2012 yg dibentang pada Oktober tahun lalu kepada semua pelajar dari peringkat rendah sehingga ke IPT telah pun selamat diterima oleh Amiey sendiri....Majlis Penyerahan Baucar ini di buat secara kecil-kecilan sahaja di kampus amiey memandangkan tempoh agihan baucar tersebut sudah terlewat sedikit hal ini kerana pengurusan tertinggi kampus pengajian tempat Amiey Belajar ni terlalu mementingkan birokrasi & terlalu banyak sangat prosedur yang dibuat kesannya semua menjadi lambat & pelajar pun tertunggu-tunggu....



Amiey bukannya mahu mengkritik atau mengomen bahagian pengurusan tertinggi kampus Amiey tapi semua itu benda kecil je dan mudah untuk diuruskan lagipun  member-member Amiey dari IPT lain ( kebanyakannya IPTS ) mereka semua dah dapat lebih awal dari Amiey, Amiey pun merupakan salah seorang siswa dari sebuah IPTS jadi memang tiada alasan sebenarnya untuk mereka melambatkan pengagihan Baucar Buku 1Malaysia kepada semua pelajar.... 

:: Moral of The Story dah dapat Baucar Buku 1Malaysia ni dah tak tahu nak beli buku apa ( kalau buku study mmg x de la sebab sume dah dibeli dulu sebelum baucar ni dapat ) kalau beli novel pun ok jugak kan....
( ^ _ * ) hahahahahahaha...... ::

Tuesday, January 24, 2012

Perasmian Bank Negara Malaysia



Pada hari ini dalam tahun 1959, Bank Negara Tanah Melayu ( Kini Bank Negara Malaysia ) telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni  Al-marhum Tuanku Muhammad. Di dalam titah perasmiannya baginda telah menyatakan bahawa dengan tertubuhnya Bank Negara ini, ia menandakan satu lagi peristiwa penting yang telah dicatat di dalam sejarah Tanah Melayu semenjak negara mencapai kemerdekaan. Antara fungsi utama Bank Negara ialah seperti merancang aktiviti kewangan kerajaan selain bertanggungjawab menentukan perjalanan aktiviti ekonomi negara, termasuklah menyelenggarakan segala keadaan kredit yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Kerajaan Persekutuaan. Tuan W.H Wilcock telah dipertanggungjawabkan sebagai Gabenor Bank Negara yang pertama, sebelum dilantik ke jawatan tersebut beliau merupakan Penasihat Bank Kerajaan dan telah memegang jawatan tersebut dari Januari 1959 hingga Julai 1962.


Gambar Sekitar Perasmian Bank Negara



Sumber : Arkib Negara Malaysia

Saturday, January 21, 2012

Pembubaran Malayan Union & Raja-Raja Melayu Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu..


Pada hari ini dalam tahun 1948 telah berlakunya 2 peristiwa bersejarah yang amat bermakna bagi Negara Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu->Persekutuan Tanah Melayu iaitu Pembubaran Malayan Union & Perjanjian Persekutuan  Tanah Melayu. Mari kita ikuti catatan sejarah dibawah :-


Pada hari ini dalam tahun 1948, Sir Edward Gent, bagi pihak Kerajaan British, dan Raja-Raja Melayu telah menandatangani perjanjian Pembubaran Malayan Union. Pembubaran itu telah memberi jalan kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Malayan Union yang ditubuhkan berasaskan kepada triti yang dibuat di antara Harold MacMichael dengan Raja-Raja Melayu tanpa mengikut perlembagaan, tradisi, kebudayaan dan pengertian tentang Negeri-Negeri Melayu telah mendapat tentangan hebat dari orang-orang Melayu. Semenjak lahirnya Malayan Union, itu orang-orang Melayu telah berpegang teguh  kepada haknya dan apa juga yang datang dan berlaku tidak berjaya merubah pendirian mereka malah terus ditentang oleh mereka habis-habisan. Tentangan orang-orang Melayu menjadi semakin kuat dan padu dengan tertubuhnya UMNO pada l Mei 1946. 


Tentangan hebat dan tersusun dari orang-orang Melayu melalui UMNO itu sangat membimbangkan pihak British. Mereka mula sedar bahawa sokongan orang-orang Melayu amat perlu sekiranya Malayan Union mahu wujud dan terus wujud. Menyedari hakikat ini Kerajaan British telah menghantar Kapten L. D. Gammans dan Lt. Col. D. R. Rees-Williams selaku wakil Parlimen Kerajaan British bagi meninjau pendapat orang-orang Melayu. Kemana saja kedua-dua wakil ini pergi sentiasa saja diburu oleh tunjuk perasaan orang-orang Melayu. Bagaimanapun, tentangan hebat orang-orang Melayu itu tidak begitu memberi kesan dan tidak begitu membimbangkan pihak Kerajaan British di United Kingdom, apa yang lebih membimbangkan mereka ialah tentangan pegawai-pegawainya sendiri di Tanah Melayu yang akan melaksanakan dasar dan rancangan Malayan Union itu. 


Ada di antara mereka telah lama berada di Tanah Melayu dan lebih memahami kehendak dan akibat tentangan orang-orang Melayu jika tidak diendahkan. Ralph Hone (Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam BMA) sebelum lagi Malayan Union itu menjadi kenyataan, telah melaporkan kepada Pejabat Tanah jajahan bahawa Sultan-Sultan yang menandatangani Perjanjian MacMichael itu tidak menyedari sepenuhnya akibat perjanjian itu dan dengan itu beberapa pindaan hendaklah dilakukan terhadap cadangan Malayan Union itu. Sementara itu, Gabenor Sir Edward Gent, telah berunding dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 24 Mei 1946 berani memberikan persetujuannya dengan cadangan-cadangan Raja-Raja Melayu itu terhadap penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Demikian juga dengan Mr Malcolm McDonald, Gabenor Jeneral, dan beberapa orang Pegawai Tinggi British di Tanah Melayu; mereka menyokong sepenuhnya rancangan Persekutuan Tanah Melayu oleh UMN0. 


Akhirnya, bimbang dengan tentangan-tentangan hebat yang tidak henti-henti dari orang-orang Melayu dan atas desakan para pegawainya sendiri pihak Kerajaan British di London terpaksa mengubah dasarnya terhadap Malayan Union. Rundingan-rundingan mulai diadakan di antara UMNO dan Raja-Raja Melayu dalam rangka pembentukan satu rupa Kesatuan yang baharu. Rundingan-rundingan itu telah menghasilkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan pada hari ini dalam tahun 1948, DYMM Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertempat di bilik jamuan King's House (Carcosa sekarang) dan Sir Edward Gent menandatangani bagi pihak Kerajaan British. Dengan itu maka tamatlah riwayat Malayan Union dan wujud Persekutuan Tanah Melayu pada l Februari 1948 dengan kuatkuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang baru ditandatangani itu. 

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Sir Edward Gent sebagai wakil kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu bagi negeri Johor, Pahang, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan termasuk Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Perjanjian ini telah dibuat selepas gagasan Malayan Union mendapat tentangan hebat orang Melayu dari segenap pelosok negara. Desakan demi desakan dari seluruh negara telah memaksa Inggeris menarik balik gagasan Malayan Union dan digantikan dengan satu bentuk pentadbiran yang lebih selesa. Sesungguhnya Perjanjian yang ditandatangani di King's House (CARCOSA), Kuala Lumpur ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang telah mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan beberapa syarat kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu.  Peristiwa bersejarah pada hari ini juga adalah menjadi asas kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 kemudiannya, dan menjadikan Malaysia sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini.

Sumber :- Arkib Negara Malaysia

Monday, January 16, 2012

Hari Keputeraan Sultan Kedah Darul Aman Ke-84.....

DUALAT TUANKU
Patik Rakyat Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah
 Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Semoga Allah Memberkati Pemerintahan Tuanku Sultan Diseluruh Alam Negeri Kedah 


Persekutuan Malaysia
Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14
&

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Yang Ke-14
Serta Dilanjutkan Usia Tuanku & Tuanku Sultanah

Sempena Hari Keputeraan Ke-84 Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Pada
15 Januari 2012 Bersamaan 21 Safar 1433 H

Daulat Tuanku...
Dirgahayu Tuanku.... 


:: Selamat Bercuti Rakyat Negeri Kedah ::

Header Yang Baru....


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua Reader......

Hari ini merupakan hari paling happy bagi Amiey sebab berjaya buat header yang baru dengan sendirinya tanpa bantuan sesiapa dengan menggunakan kekreatifan idea serta material yang ada. Ini merupakan percubaan Amiey yang pertama dalam create header sendiri hope semua pembaca blog Amiey suka dengan header baru ini. Walau tidak se gah Tembok Besar China tp Amiey cuba dengan keupayaan yang ada. Jadi jika ada sebarang idea serta beberapa cadangan lain dari pembaca semua tentang header baru Amiey ni Amiey terima sebagai satu dorongan untuk memperbaharui sesuatu yang baharu & terbaik dimasa akan datang.

Jadi dengan ini diisytiharkan & dimasyhurkan bahawa bermula hari ini, jam ini, minit ini, saat ini Amiey akan menggunakan header yang baru ini. Sebarang komen & cadangan bolehlah pembaca semua tinggalkan komen dibawah, diruangan chat atau di Facebook Amiey....

Sekian.
Salam 1 Malaysia.  




Saturday, January 14, 2012

Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-64.....


DUALAT TUANKU
Patik Rakyat Dibawah Naungan Pemerintahan Tuanku Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah
 Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Semoga Allah Memberkati Pemerintahan Tuanku Diseluruh Alam Negeri Sembilan
Serta Dilanjutkan Usia Tuanku & Tunku Ampuan
Sempena Hari Keputeraan Ke-64 Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pada
14 Januari 2012 Bersamaan 20 Safar 1433 H
Daulat Tuanku...
Dirgahayu Tuanku.... 








Friday, January 13, 2012

Bonda Saudara Sultan Johor Mangkat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua.....

Innalillahi wa inna illaihiraji'un...

Baru-baru ni amiey ada membaca satu artikel tentang kegeringan adinda Almarhum Sultan Iskandar yang juga bonda saudara Baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim iaitu Y.A.M Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Sir Ismail. Tetapi menurut sumber terkini adalah dukacita dizahirkan bahawa Y.A.M Tunku Tun Maimunah telah mangkat di istana kediamannya di Bukit Gedong jam 4.01 pagi tadi dalam  usia 72 setelah gering beberapa hari akibat penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair & juga serangan strok. Jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah selepas Solat Jumaat hari ini.

Almarhumah Y.A.M Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Sir Ismail
12.02.1939 - 13.01.2012


Al-Fatihah .......... 
Semoga roh Almarhumah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin. 
Setinggi-tinggi sembah takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor dan kerabat damping almarhumah atas kemangkatan Y.A.M Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Ismail semoga seluruh Ahli Kerabat Diraja tabah menghadapi dugaan ini.

Friday, January 6, 2012

Canselor USIM Yang Baru......

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua Pembaca.......

Entri kali ini adalah berkenaan dengan Permasyhuran Canselor Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) yang ke-2 dan ini merupakan entri pertama saya di tahun baharu 2012. Saya Harap entri kali ini tidaklah terlalu lewat walaupun Istiadat Permasyhuran tersebut sudah berlalu hampir sebulan dan kita sudah memasuki Tahun Baharu 2012...

Untuk makluman pembaca kini USIM telah melakarkan sejarah baru apabila Canselor USIM yang baru yang merupakan Canselor Ke-2 universiti tersebut telah pun dimasyhurkan pada 3 Disember 2011 yang lalu. Mesti pembaca tertanya-tanya siapakah Canselor baru universiti tersebut kan?? Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud bagi menggantikan Canselor USIM yang lama yang telah tamat tempoh jawatan sebagai Canselor USIM dan juga merupakan Mantan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan iaitu Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.. Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Ampuan Najihah telah dimasyhurkan sebagai Canselor Pertama USIM pada tahun 2003 dan memegang jawatan tersebut sehingga November 2011...
Potret Baginda sebagai Canselor USIM  sewaktu Istiadat Konvokesyen USIM Disember yang lalu.
Sumber : USIM Photo Gallery.

Tuanku Aishah Rohani telah dimasyhurkan sebagai Canselor USIM Yang Ke-2 pada Istiadat Konvokesyen USIM yang Ke-9 pada 3 Disember 2011 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ).. Pengumuman Permasyhuran tersebut telah dibuat oleh Naib Canselor USIM iaitu Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda selaku mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Sebelum Istiadat Permasyhuran dilangsungkan satu Majlis Mengadap DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang diadakan di Istana Rasmi Baginda pada 28 Oktober 2011 bagi Menyembahkan Watikah Perlantikan Baginda sebagai Canselor USIM oleh Wakil Pengurusan Tertinggi USIM..Pada bulan berikutnya iaitu 23 November 2011 beberapa wakil Pengurusan Tertinggi USIM sekali lagi mengadap DYMM Tuanku Ampuan Besar bagi Menyembah Taklimat tentang struktur organisasi & perjalanan segala aktiviti universiti tersebut. Semoga USIM terus mengorak langkah dan terus maju dibawah naungan DYMM Tuanku serta mampu melakar nama dipersada dunia.


Potret Rasmi Baginda.
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Aishah Rohani Binti Alnarhum Tengku Besar Mahmud
D.P.T.J, D.K ( Negeri Sembilan )

Patik sebagai anak jati Negeri Sembilan dan Rakyat dibawah naungan pemerintahan Tuanku berasa amat berbesar hati & Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Menjunjung Kasih di atas perlantikan dan permasyhuran Tuanku sebagai Canselor USIM yang baru.


Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.


Selamat Tahun Baharu 2012......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...