Semalam Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada kerajaan Malaysia. Darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara, kira-kira pukul 3 petang.
SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah turut berkenan berangkat ke istiadat persembahan darjah kebesaran tersebut.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Patik rakyat Persekutuan dibawah naungan pemerintahan Tuanku Raja Permaisuri Agong & Tuanku Yang Di-Pertuan Agong menjungjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahnian di atas penganugerahan ini..

Sumber :- Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment