Aluan Selamat Datang

Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 27, 2012

Tuanku Muhriz Berkenan Rasmi Wisma Audit Negeri Sembilan.....

Hari ini DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli turut berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Sembilan dekat sini, hari ini.


Berangkat sama ialah  permaisuri baginda, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud serta diiringi oleh Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang, pembinaan Wisma Negeri Sembilan ini merupakan salah satu projek daripada 7 projek pembinaan bangunan Audit Negeri yang telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Pembinaan bangunan ini dibina di atas tanah yang berkeluasan 3.12 ekar di pusat perdagangan Oakland, Seremban 2 dengan kos projek berjumlah RM13.6 juta.

Pembinaan bangunan ini menampilkan konsep seni bina klasik vernacular. Konsep ini merupakan reka bentuk simbolik yang berkekalan dan bermutu tinggi dengan mengambil kira ciri-ciri seni bina setempat masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu, bangunan ini bercirikan teknologi hijau dan turut menyediakan ‘rain harvesting system’ untuk tujuan penyimpanan dan penggunaan air hujan. Bangunan ini siap dibina pada 15 Mac 2011 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 18 April 2011 selepas majlis penyerahan kunci pejabat dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia kepada Jabatan Audit Negara.

Sementara itu, kata Menteri Besar, majlis perasmian ini diadakan bersempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang Ke-64. Beliau berharap dengan terbinanya bangunan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan kualiti kerja seluruh warga Audit Negeri Sembilan dalam menghasilkan laporan yang berkualiti, objektif dan menepati masa.


Baginda Tuanku Yang Di-Pertuan Besar menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh permaisuri baginda Tuanku Aishah Rohani.

Baginda Tunku Ampuan Besar menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh  Baginda Tuanku Yang Di-Pertuan Besar




Sumber : n9Kini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...